Tutorial Audacity untuk PC

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
اهلًا - ahlan
 
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
 
Wak: نعم - na'am
 
Man: Sekarang saya nak tanya wak. Amacam cara saya nak buat tutorial?
 
Wak: Tutorial apa tu?
 
Man: Ini mesti wak tau ni!
 
Wak: Kena cakap dulu le. Tentang apa?
 
Man: Ini pasal komputer ni wak!
 
Wak: Eh! engko ni. Nak mainkan aku ye!
Mana le aku nak tahu tentang komputer ni.
 
Man: Saya cuma nak tahu benda2 yang saya sendiri tak reti.
Yang saya tau saya buat sendiri le wak. Ok gini wak.
 
Saya jumpa satu "audio recorder" free dari internet namanya: 
 
- Audacity.
- ia sememangnya - freeware
- maknanya tak payah bayo!
- maka saya dah download dan install
 
Saya nak tanya wak. Apa ke keperluan sesuatu "recorder" tu wak?
 
audacity
 
Wak: Engko kata tadi dia ni "audio recorder".
 
Maknanya:
- binatang ini mesti perlukan input
- input dia mesti le berupa -sound-
- sama ada dia ni faham "analog" atau "digital"?
 
kemudian semua recorder mesti boleh:
- keluo kan balik apa yang engko dah rekod
- ia berupa "audio analog" pada speaker
 
Man: Jadi bahagian ini ke yang wak maksudkan?
 
io
 
Wak: Apa yang aku nampak:
 
- ada gambo mic
- ini bahgian "audio input"nya
- rasanya kita boleh adjust kuat atau pelahan "input mic" tu
 
kemudian sebelahnya gambo "speaker".
- disini pun kita boleh kuat-perlahankan audio yang kita akan mainkan
 
Man: Baik. Yang ini pulak wak berderet binatang apa?
 
deret
 
Wak: Hmmm... Aku rasa ini dia punya "configuration".
 
Yang kiri sekali macam jenis system untuk komputer engko ni. Cuba tekan. Dia beri apa?
 
Man: Tengok dia beri pilihan ni
 
wasapi
 
Wak: Yang ini aku tak faham sangat. Tapi kalo engko guna komputer Windows:
 
- pilihlah salah satu dari :
- Windows DirectSound
- Windows WASAPI
 
Buat kali ini. Cuba engko pilih aje:
 
- Windows WASAPI
 
kalo nanti tak hidup. Pilih le yang satu lagi.
 
Man: Baik. Yang ini pula binatang apa wak?
 
jenis
 
Wak: Wah banyaknya. Nampak gaya. Engko dah ada banyak pilihan.
 
Cuba engko tengok pada mic dulu. Dia ada 3 pilihan:
 
Microphone (USB headphone Set)
 
Aku nak tanya. Engko pakai headset yang ada head phone dan mic sekali ke?
 
Man: Tak pakai pun!
 
Wak: Aku rasa untuk "mic" baik engko pilih ini:
 
Microphone (JieLi BR17)
 
- ini macam input dari mixer ni jenis China punya ni. Ada Ada engko pakai ini ke?
 
Man: Oh ye! Saya tengah pasang mixer ini wak.
 
mixer
 
Wak: Ok pilih le yang ini je. Tak ada masalah rasanya ni.
 
Man: Yang ini. Apa pulak wak?
 
mono
 
Wak: Yang ini baik engko pilih "stereo" aje 
 
- walaupun biasanya "mic" akan keluokan audio "mono" pun.
- tapi kalo engko pilih "stereo" 
- nanti engko akan dapat 2 track
- iaitu "left" dan "right" dah tersedia dalam recorder
 
- tapi kalo engko pilih "mono"
- dia akan beri 1 track audio aje.
 
Man: Yang ini pulak wak.
 
speaker
 
Wak: Engko pilih le:
 
- Speaker (USB Headphone set)
 
Eh. Engko ada "speaker" jenis USB ke?
 
Man: Saya ada "Sound card" yang dicucuk pada USB.
- disitu ada "mic" dan "speaker" wak
- sebab saya tak nak cucuk pada port dibelang PC tu wak.
 
Lagi pun saya idea lain ni.
 
Ok last sekali. Ini apa wak?
 
monitor
 
Wak: Ini macam engko boleh monitor audio yang engko nak rekod ni.
 
Sekarang cuba engko mainkan satu lagu dari youtube dan tekan monitor!
 
TAPI kena ingat:
- bila nakkan audio datang dari software dalam komputer engko kena sesuaikan "input"nya
 
 
Buat KES ini:
 
Aku rasa baik engko tuko "speaker" ke:
 
loopback
 
Engko tengok ada perkataan "loopback"
- ini bermakna engko ambil output speaker
- kemudian engko telah masukkan signal ke "sound card USB" engko
- mkananya "mic" "sound card" sedang terima "speaker" PC
 
Jadi sekarang:
- mainkan "youtube"
- tekan "monitor" dalam "audacity" tu
- tengok apa jadi?
 
Man: Hah ini dia wak:
 

 
Wak: Bagus. Kan gerak2 signal dalam kawasan monitor tu
 
Sekarang rekod. Tekan button "merah"
 
Man: Ini dia wak!
 
 

 
Wak: Bagus sudah bejaya le engko rekod.
Sebab dalam track yang kosong tadi dah ada pattern signal yang masuk!
 
Cuba engko "playback" pulak:
Tekan Button warna "hijau". Ada gambo tiga-segi tu!
 
Man: Baik wak.
 

 
Man: Hahaha.... Berjaya!
 
شكرا - shukran wak! Kerana pandangan wak ni....
 
Wak: عفوا - afwan
 
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
 
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
 
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
 
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Categories: