tutuh jer ler

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Wak! Saya nak tanya pendapat wak sikit boleh?

Wak: تفضّل [tafaddal]

Man: Wak! Sekarang ni kan musim hujan.

Wak: Musim monsoon - kalo aku tak salah. Maknanya negeri kita akan ditimpa hujan yang boleh menyebabkan bah!

Man: Saya tak ler nak cerita tentang bah wak. Tapi ...

Wak: Iyer!

Man: Apa pendapat wak kalo pihak bandaran pergi tutuh semua pokok2 yang dahannya dah terlampau rendang. Terutama yang ada ditepi2 jalanraya.

Wak: Molek juga ler tu. 
1. boleh elakkan dahan patah
2. mungkin juga pokok boleh tumbang - kerana akar tak boleh bertahan pada beratnya yang diatas tu!
- maksudnya pokok yang dah ditutuh akan tidak jadi beban pada dahan dan akor

Man: Leh apasal pihak bandaran tak nak buat?

Wak: Payah aku nak cakap. Kita semut. Mereka gajah. Dipijaknya lumat.

Man: Tak boleh ker bercakap kalo gitu.

Wak: Boleh. Cakap ler dengan facts! Boleh ker.

Man: Tadi saya bercakap dengan fikiran sahaja. Data atau facts - manakan saya ada kemampuan....

Wak: Kalo gitu - mereka akan kata. Itu cakap2 mulut engko - tak ada credibility! Retinya engko tahu ler kan?

خلص

Man: شكرًا wak - jumpa lagi dilain masa!

Wak: عفوًا

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

231129