Umrah 2

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Ok! Sebelum ini. Kita dah pun buat intro pendek tentang pergi ke Makkah. Ringkasnya:
 
- masuk dan keluar Makkah mesti ada tawaf.
- tawaf masuk adalah dengan : "umrah" atau "haji"
- tawaf keluar Makkah adalah dengan : tawaf wada' [tawaf selamat tinggal]
 
Kali ini mari kita masuk pula ke umrah proper!
 
Man: Maksud wak?
 
Wak: Yer! Mesti tahu tentang : Rukun Umrah!
 
Man: Ok Teruskan dengan Rukun Umrah, wak!
 
Wak: Rukun umrah adalah - main point yang mesti kena buat. Tertinggal, tak buat, tak sempurna akan dikira tak sah - batal!
 
Rukun Umrah.
 
1. Niat umrah - dimiqat
2. Tawaf - 7 kali keliling anti-clockwise di kaabah dengan yakin
3. Saei - mula dibukit Safar dan berakhir dibukit Marwah sebanyak 7 kali pusingan dengan yakin
4. Bertahallul atau bercukur
5. Tertib - ikut turutan 1,2,3,4 seperti tersebut tadi
 
Man: Ok! Mudah ajer wak!
 
Rukun Umrah
 
1. niat umrah
2. tawaf 7 kali keling kaabah
3. Sai 7 kali
4. bertahallul
5. tertib: ini sebagai peringatan jer iaitu mesti ikut turutan. Jangan lompat katak!
 
Wak: Ok sekaranng mari kita detailkan sikit lagi!
 
1. Niat [rukun]
 
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا للهِ تَعَالَى
nawaitu = sahaja aku
al-umrah = [mengerjakan] the umrah
wa ahramtu = dan telah berihram aku
bihaa = dengannya
lillaah = kerana Allah
ta'aalaa = ta'ala
 
sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah ta'ala.
 
2. Tawaf [rukun]
 
- pergi ke kawasan hajar-aswad
- boleh niat tawaf pun hukumnya : sunat - seperti ini:
 
اَللَّهُمَّ اِنَّي اُرِيْدُ طَوَافَ بَيْتِكَ الْحَرَامِ سَبْعَةَ اَشْوَاطٍ طَوَافَ الْعُمْرَةِ فَيَسِّرْهُ لِيْ وَتَقَبَّلْهُ مِنِّي لله تَعَالَى
allaahumma = ya allah
innii = sesungguhnya aku
uriidu = aku hendak
tawaaf = tawaf
baitikal haraam = rumah haram engkau
sab'ah = 7
ashwaatin = keliling
tawaafal umrah = tawaf umrah
fayassir hu = maka mudahkannya
wa taqabal hu = dan terimalahnya
minnii = daripada aku 
lillaahi = kerana allah
ta'aala = ta'ala
 
Ya Allah sesungguhnya aku hendak tawaf baitullah 7 keliling tawaf umrah maka mudahkan dan terimalah daripadaku kerana Allah ta'ala.
 
- kira 1 keliling iaitu bermula dari hajar-aswad hingga ke hajar-aswad sekali lagi
- buat 7 kali dengan yakin.
- jika tidak yakin tambah sekali lagi
 
3. Saei [rukun]
 
- pergi ke bukit safar
- boleh niat [sunat]
 
اَللَّهُمَّ اِنِّي أُرِيْدُ اَنْ أَسْعَى بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ سَبْعَةَ اَشْوَاطٍ سَعْىَ الْعُمْرَةِ للهِ تَعَالَى
allaahumma = ya allah
innii = sesungguhnya aku
uriidu an = i want to/aku hendak
as'aa = saei
bainas safaa = anatara safa
wal marwah = dan marwah
sab'a = 7
ashwaatin = keliling
sa'yal umrah = saei umrah
lillaahi ta'aala = kerana Allah ta'ala
 
Ya Allah aku hendak saei antara Safar dan Marwah 7 keliling bagi saei umrah kerana Allah taala 
 
4. Tahallul [wajib]
- mencukur rambut atau
- mengunting sekurang2nya 3 helai rambut atau
- mencabut sekurang2nya 3 helai rambut atau
- jika botak - lalukan pisau cukur sebagai syarat sahaja...
 
sambil bercukur baca [sunat]
 
بسم اللهِ اللهُ اَكْبَر
 
5. Tertib
- ikut susunan satu demi satu dan jangan pandai2 nak ubah susunan!
 
Maka dengan itu berakhirlah umrah. Boleh le ulang lagi pada masa lain bila perlu.
 
Tapi aku ingatkan!.
 
- Mula2 engko masuk Makkah kerana first-time, niatlah umrah untuk diri engko
- bila engko ulang lagi dimasa lain. Niatkanlah untuk arwah2 ibu-bapa engko. Jangan lupa!
- ini bermakna kalo dapat buat le sekurang2 3 kali umrah
 
Man: Ok wak! Jadi rukun umrah mesti hafal. 
 
1. niat umrah
2. tawaf 7 kali
3. saei 7 kali
4. tahallul - bercukur/bergunting
5. tertib
 
Kemudian perlu ingat pulak!
 
1. niat umrah tu wajib
sedangkan niat
- tawaf dan saei itu sunat
- masa bertahallul - boleh baca 
-- bismillahu allahu akbar
 
Wak: Lepas ini kita akan buatkan kes sebenar ok!
 
Man: Kes apa wak?
 
Wak: Maknanya dari KL ke Judah kemudian umrah ke ziarah?
 
Man: Apa maksud wak?
 
Wak: Ada orang dari KL terus masuk Makkah - jadi kena terus buat umrah. Tapi kalo KL-Judah-Madinah. Hah! ini ziarah dulu. Lepas ziarah di Madinah baru ler kita start umrah!
 
Man: Ikut kata wak jer ler.
 
Wak: Ok kalo gitu. Mulai dari sekarang:
- buat ler banyak2 kebajikan
- sembahyang
- puasa sunat
- bersedekah
- bayar hutang
- bermaaf2an - mana tau mati 
- banyakkan berselawat
- banyakkan doa seperti
 
Ya Allah permudahkan dan jangan kau beratkan. Maka terimalah perkerjaan umrah aku ini nanti. Janganlah hendaknya engkau timpakan berbagai musibat kepadaku kerana disebabkan oleh amal2 buruk yang aku telah lakukan. Ya Allah sesungguhnya engkau mendengar permintaanku......
 
الله اعلم بالصواب
 
 
Categories: