Umrah DIY 2025 - 2

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]

Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!

Wak: نعم [na'am] مرحبًا [marhaban]

Man: في الأمس  [fil ams] wak kata steps untuk buat umrah DIY adalah:
1. beli tiket
2. beli visa
3. book hotel
Iyer! Bunyi macam mudah tu wak!

Wak: Iyer! Semudah semacam kita pergi holiday kemana2.

Man: Ini bukan holiday wak! Ini nak buat ibadat dan ziarah makam nabi wak!

Wak: Memang itulah tujuan asal yang terbaik. Tapi secara kasarnya. Kan itu pun pergi travel juga pun. Cuma niatnya yang berlain kan!

Man: Saya nak tanya sikit lagi wak. Sebaik2nya pada wak. Kalo kita pergi seperti ini sebaik2nya pergi sorang ker berdua ker atau ramai2 wak?

Wak: Ikut aku ler kita tengok contoh2 yang dah ditunjukkan Allah.
Adam dulu turun ke bumi berdua

Man: Ah itu - pasal Allah nakkan Adam membiakkan manusia wak!

Wak: OK! Kalo pula Nabi Musa. Dia pergi ke Mesir dengan anak-bininya kan?

Man: Ada anaknya ker wak?

Wak: Entah aku tak pasti. Engko kena check sendiri ler. Tapi yang pasti bila dia naik bukit Tursina dia pergi sorang kan?

Man: Iyer.

Wak: Pasal dia tak sangka nak jumpa Allah di situ

Man: Gitu juga bila kita sampai di Makkah nak tawaf dan saie kan kita concentrate pada ibadat sorang2 diri pun. Mana ada berbual2 sambil tawaf atau saie. Jadi kalo pun kita datang berdua berkawan. Tetap kita kesorangan semasa beribadat tu tak wak?

Wak: Pada aku kalo kita pergi seorang pergerakan kita akan jadi lebih ringkas lebih mudah. Tak tertunggu2 kawan yang ada bersama.

Man: Makanya wak:
- kalo nak menyendiri dan nak buat keputusan secepat mungkin - pergi sorang
- Kalo rasa cuak nak buat sesuatu pun terpinga2 - kena ler pergi berdua

Wak: Pergilah berdua macam Nabi berhijrah ke Madinah! Tapi tengok ler kawan yang mengikut kita tu orang yang taat tak banyak songel ker. Maka kalo kita dapat sahabat yang tak banyak bunyi pergi ler berdua. Pun boleh tolong menolong kita dalam membuat decision yang tergempar!

Man: Iyer!
- Kalo tak ada yang ngam dengan kita - pergi sorang
- kalo nak bergayut pada orang lain - pergi berdua

Wak: Dalam kes berapa bilangan yang patut pergi. Engko kena pastikan hotel disana. Ada hotel boleh cater :
- seorang
- berdua
- 4 orang orang
Jadi memang dari awal lagi engko kena letakkan specification berapa orang nak ikut!

Iyer pergi ler engko ke Mekah dan Madinah. ثُمّ [thumma] berdoalah banyak2 supaya engkau dapat berkat dan rahmat dari Allah. Dan dimatikan dalam حُسْنُ خاتِمة

Man: آمين

Wak: Maka jangan lupa tolong doakan aku mendapat kebajikan dunia dan akhirat dan sentiasa mengikut landasan Allah yang sebaik2nya

Man: ان شاء الله wak! Sebab wak pun dah banyak berbakti pada saya wak!

Wak: Jangan engko sebut - kan itu tanggung jawab kita menolong sesama manusia selagi ada hayat dikandung badan

خلص [khalas]

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

Siri : 20250119

Index

Categories: