Umrah DIY 2025 - 3 - Masalah 1
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!
Man: Wak cakap - Umrah DIY adalah:
1. beli tiket
2. beli visa
3. book hotel
Wak: Itu basicnya
Man: ثُمَّ [thumma] ....
Wak: Orang Saudi akan kata بعدين [ba'diin] menggantikan ثُمَّ [thumma]. Ingat itu bila bercakap dengan orang2 di sana!
Man: Iyer wak بعدين [ba'diin - selepas tu...] kita decide seawal2nya berapa orang nak pergi! Sorang atau lebih dari sorang!
Wak: Iyer pastikan berapa bilangan yang nak pergi. Kalo sorang kosnya akan jadi sekian2. Maka kalo lebih - kali ajer lah kos sorang kepada berapa orang yang pergi. Gitu jumlah kos yang akan menimpa kita!
Man: بعدين [ba'diin - lepas tu] ada ker masalah lain yang akan menimpa kita wak!
Wak: Masalah? Masalah tu memang Allah dah siapkan untuk kita. Tak boleh lari!
- Sedangkan Nabi Adam pun Setan dah datang memusuhinya. Itu dah patternnya!
- بعدين [ba'diin] - ingat kisah anak2 Adam Habil dan Qabil - kan mula2 lagi dah ada kes
Contoh2 masalah pada manusia tu memang dah berlambak dalam quran. Kita kena ambil ingat tu. Allah akan berikan setiap orang masalah. Dari datang ler pahala. Maka kita jangan ler membuatkan masalah kepada orang lain. Cuba buat kebajikan.
Man: Iyer wak! الآن [al aan] cuba wak hilightkan apa2kah masalah yang wak terfikir yang akan datang bertubi2 wak! Tolong wak listkan. Mungkin itu akan dapat memberi pencerahan kepada saya untuk bersedia setakat yang boleh.
Wak: Mula2 bila nak book ticket:
- pastikan wang bank engko nak transfer online dah melebihi limit transfernya.
Jangan engko ambik tak kisah. Nanti bila dah dapat tarikh terbang mungkin dah dapat offer baik. Bila nak bayor baru teringat leeeh... limit - bank transfer engko tak buat lagi. Nak tukor limit bukan boleh ambik itu jam juga! Ada timenya. Sebabkan itu - karang terlepas pulak offer kalo ada!
- Ingat limit pada bank tranfer engko!
Man: Bank tranfer - limit! Hmmm... Iyer dari semudah tranfer online akhirnya jadi nak pulak ke opis airline. Sebab tak boleh transfer online. Lagi ler membuangkan masa tak tentu pasal. Jalanraya kita ni dah ler jam memanjang! Teknologi yang ada tak dapat nak guna! Lemah!
Man: Iyer limit bank tranfer. Kena standby. Kalo tak boleh buat online - alternativenya cara faca-to-face dipejabat. Kalo boleh! Kalo masa pejabat. Kalo tak! Pening....
Wak: Iyer senantiasalah beringat. Tapi cekalkan hati. Pergi ler engko ke Mekah dan Madinah. بعدين [ba'diin] berdoalah banyak2 supaya engkau dapat berkat dan rahmat dari Allah. Dan dimatikan dalam حُسْنُ خاتِمة
Man: آمين
Wak: Maka jangan lupa tolong doakan aku mendapat kebaikan dunia dan akhirat dan sentiasa mengikut landasan Allah dengan sebaik2nya
Man: ان شاء الله wak!
Wak: Tanggung jawab kita menolong sesama manusia selagi ada hayat dikandung badan
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi