Umrah DIY 2025 - 4 - Black Friday
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!
Wak: نعم [na'am] مرحبًا [marhaban]
Man: Wak cakap - Point untuk Umrah DIY adalah:
1. beli tiket
2. beli visa
3. book hotel
Wak: Itu basicnya
Man: بعدين [ba'diin] kita tetapkan berapa orang yang hendak pergi:
- sorang kalo kita tak ngam dengan sesiapa pun
tapi ianya memudahkan kerja. Apa2 berlaku tanggung sendiri
- dua orang ini yang sepatutnya
tapi bersyarat:
- orang yang mengikut jangan pulak dia naik muka.
Hendak jadi macam boss pulak. Yang ini punca datangnya bermasam muka tak tentu pasal. Mana nak buat ibadah Mana nak layan kerenah dia. Daripada nak menjaga hati tertumpu pada ibadat jadi ... Ini yang kita tak mau. Balik sini langsung jadi musuh!
Wak: Itu retinya masalah hidup ... Kan setan tu ada dimana2. Atau aku cadangkan buatlah agreement macam cerita Nabi Musa denga Nabi Khidir. Tetapkan gini:
- kalo engkar kita berpisah!
Hah amacam? Ini point yang ditunjukkan oleh Allah ada terecord dalam quran lagi! Kata nak ikut quran! Hah amacam?
Man: Wah ganas wak! Kalo yang mengikut tu buta kayu! Hilang ler punca dia!
Wak: Allah dah tunjukkan gitu amacam rupa perangai manusia ni. Ikut contoh Nabi Khidir - buat agreement dari awal2 lagi sebelum pergi. Langgar perjanjian - putus. Buat ler sendiri2. Kalo tak jangan bawak! Sebab consequencenya berderet - hotel transport dan segala cotet motet kena berpecah semasa disana lagi amacam?
Man: Mmmm.... giler wak! Kena pergi sorang ler wak!
Wak: Giler tak giler ini kerja penting melibatkan tumpuan hati bukan pergi makan angin!
OK bio kan perkara itu jadi ingatan dalam benak engko! Cuma الآن [al aan] aku nak sentuk sikit jer tentang tiket!
Man: Ada offer ker dimana2 wak!
Wak: Iyer ini yang aku nak cakap Yang aku perasan setiap airline akan beri tawaran Black Friday
Kalo betul engko nak pergi pada waktu begitu rebut ler peluang seperti ini. Kalo engko tak kesah. Ambik ingat ajer.
Man: OK wak. Mungkin kena plan betul2 kalo nak ambik peluang sebegini.
Wak: Iyer janji kena beringat. Cekalkan hati. Pergi ler engko ke Mekah dan Madinah. بعدين [ba'diin] berdoalah banyak2 supaya engkau dapat berkat dan rahmat dari Allah. Dan dimatikan dalam حُسْنُ خاتِمة
Man: آمين
Wak: Maka jangan lupa tolong doakan aku supaya dapat kebaikan dunia dan akhirat dan sentiasa mengikut landasan Allah dengan sebaik2nya
Man: ان شاء الله wak!
Wak: Tanggung jawab kita menolong sesama manusia selagi ada hayat dikandung badan. Jangan cari gaduh tak tentu pasal. Islam tak ajor bergaduh!
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 20250121
https://dinobytes.info/v2/content/umrah-diy-2025informations