Umrah DIY 2025 - 5 - Hotel
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome] wak!
Wak: نعم [na'am] مرحبًا [marhaban]
Man: Wak cakap - Point untuk Umrah DIY adalah:
1. beli tiket
2. beli visa
3. book hotel
4. sorang, berdua atau lebih
Wak: Iyer begitu ler gayanya
Man: الآن [al aan] kita cerita tentang hotel pulak wak.
Wak: Tentang hotel - apa yang aku rasa. Kerana kita pun bukan tahu sangat tentang mana hotel yang patut dipilih. Aku rasa kita buat gini ajer:
- check setiap satu pekej umrah dan pastikan dimana dia ambil hotel. Ini sebagai panduan kita
atau:
- check map hotel2 di Makkah dan di Madinah
- pilih dari situ
Contoh - mula2 bukak map hotel2 yang berada berhampiran dengan masjidil-haram
Dari map ini kita survey apa2kah hotel2 yang rapat dengan masjil-haram dan tengok pulak harganya!
- mau harganya melebihi 1k sehari? atau kurang!
Bila engkau zoom lagi engko akan dapati ada hotel yang tiada harga terletak disitu. Maknanya hotel2 tu tak termasuk dalam list Agoda atau yang setaraf dengannya. Yang ini yang kita kena tanya personally atau call dari Malaysia. Kan ini dah datang masalah!
Man: Payah juga ni wak.
Wak: Eleh DIY - kena ler engko berusaha sampai dapat.
Man: Tapi wak kalo badan masih kuat. Jauh sikit pun rasanya ok tak?
Wak: Iyer - engko ada kederat carilah harga yang bersesuaian dengan engko.
Baik - sebagai panduan mari kita selidik pekej2 yang ada:
- pekej Rayhar dia ambil hotel disini
Dan dari foto kita dapati ada beberapa hotel yang berdempet2 antara satu sama lain. Tapi macam aku kata tadi ler - banyak yang tak tersenarai dalam Agoda. Jadi amacam?
Kalo kita jalan kedepan sikit sepanjang Jalan Ajyad kita akan jumpa Mira Hotel. Mungkin ada pekej kita yang guna hotel ini.
Sebelah dia pulak ada hotel Snood hah ini tak masuk list Agoda pun. Kena pergi tanya sendiri ler nampaknya.
Man: Hmmm... Maknanya wak. Mungkin untuk menyenangkan hati mula2 kita ambil dulu salah satu hotel yang ada dalam Agoda ker....
Wak: Apa maksud engko?
Man: Kata ler kita nak duduk Mekah 5 hari. Ambik dulu hotel yang ada dalam Agoda dua tiga hari. Lepas itu kita rayau pulak cari hotel yang tak ada dalam Agoda. Tanya sendiri hotel2 lain yang murah sikit. Amacam wak?
Wak: Boleh juga tu. Tapi kena penat sikit ler engko!
Man: Apa nak buat nak adventurous!
Wak: Iyer - kan DIY. Kena ler buat bermacama keletak tak? Apa2 pun pergilah umrah بعدين [ba'diin] berdoalah banyak2 supaya engkau dapat berkat dan rahmat dari Allah. Dan dimatikan dalam حُسْنُ خاتِمة
Man: آمين
Wak: Maka jangan lupa tolong doakan aku mendapat kebaikan dunia dan akhirat dan sentiasa mengikut landasan Allah dengan sebaik2nya yang boleh
Man: ان شاء الله wak!
Wak: Memang tanggung jawab hendaklah menolong sesama manusia selagi ada hayat dikandung badan
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 20250123
https://dinobytes.info/v2/content/umrah-diy-2025informations