Unboxing solar panel
Submitted by tokchuk on Sun, 07/20/2025 - 14:27
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
Wak: اهلا [ahlan]
Unboxing solar panel.
Bagi sesiapa yang berminat pada DIY solar power. Berikut ada video "Unboxing Solar Panels".
Solar panel adalah bahan utama untuk menghasilkan power dari matahari. Dan Solar Panel pula boleh dibeli melalui Shopee. Tetapi oleh sebab penghantarannya terpaksa melalui pihak ke-3. Pembukaan barang tersebut perlu divideokan secara sekali jalan tanpa putus2. Maka jika ada sebarang kerosakan dan kecacatan dalam penghantaran video yang tanpa diedit perlu ada sebagai bahan bukti.
Untuk video yang paparkan disini ia sudah diedit. Kerana kebetulan solar panel yang terima ini berada dalam keadaan baik. Oleh itu video ini hanyalah sebagai panduan kepada mereka yang berminat dalam menjana tenaga matahari.
خلص - khalas
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- hingga bertemu di lain masa
Siri 250720
Categories:
