UPS ...

Man: Bismillah ...

Wak: Bismillahir rahmanir rahim

- [dengan nama Allah yang maha pemurah dan yang maha penyayang]

 

Man: Sekarang ni dah musim hujan wak!

Wak: Jadi?

 

Man:

- Hari2 hujan.

- Yang menjadi kemusykilan saya ni ialah tentang elektrik rumah. Dalam ribut, kilat dan hujan lebat ni elektrik rumah saya asyik2 trip saja.

- Amacam saya nak mengatasi perkara ini wak?

Wak: O! Kena soal engkau dulu.

- Apasal kau risaukan elektrik trip?

- Kan itulah cara untuk menyelamatkan barang2 elekrik rumah engkau. Kalau tak trip ada kemungkinan kilat boleh masuk dalam elektrik rumah engkau dan menjahanamkan alat2 elektrik engkau. Kalau alat elektrik rumah engkau terbakar TNB tak akan bertanggung jawab. Maknanya engkau kena ganti sendirilah mana2 alat yang terbakar disebabkan kilat tu.

 

Man: Begini wak! Saya ada server dan ada router yang saya tak mahu ia terputus.

Wak: Kan kau dah kata dulu server engkau boleh pakai remote. Takkan tak boleh diremotekan.

 

Man: Bukan begitu wak!

- Kalau elektrik dah putus. Nak remote apanya.

- Elektrik dah tak ada server pun ikut mati jugalah.

Wak: O!

- suruhlah sesiapa dirumah onkan elektrik balik

- lepas itu engkau remotele server engkau.

 

Man: Yang menjadi masalah:

- orang tak ada dirumah!

Wak: Kalau gitu engkau kena beli UPS -Uninterruptible Power Supply yang cukup untuk keperluan server engkau.

 

Man: Jadi berapa besar power UPS tu wak?

Wak: Engkau kena taulah server engkau:

- sedut berapa watt. Paling2 1,000 watt kena ada.

- Lepas itu engkau kena fikirkan berapa lama baterinya boleh bertahan 15min, 1/2 jam, 1jam dan seterusnya - sebab harga UPS bergantung pada:

a] power

b] masa bateri boleh bertahan

Tapi terfikir pula aku, kalaule server engkau tu critical sangat aku rasa baikle engkau sewa je server diserver farm - tak susah hati, selesai masalah ...

 

 

Wallahua'lam