Bahasa arab 4 - definite

Man: بسم الله
 
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Man: السلام عليكم
 
Wak: وعليكم السلام 
 
Man: Kali ini wak nak tambah apa2 tentang 'phrase bahasa arab'?
 
Wak: Selepas kita tahu 'isim indefinite'. Mari kita tengok 'isim definite' pula.
 
Man: OK!
 
Wak: Kita dah kata dulu, bila ada "alif lam" didepan satu2 perkataan, maka perkataan itu jadilah ia 'isim definite'.
 
Contoh:
ُالمكتبُ الصَّغير
- almaktab assaghi-r
atau ikut ustaz2 sebut
almaktabu assaghi-ru
atau
almaktabus saghi-ru
 
maktab = meja
saghi-r = kecik
 
makna dia
[the] meja kecil
 
aku letakkan [the] sebab nak tunjukkan dia tu 'definite'. Sebab dalam bahasa melayu [the] tu tak ada perkataan yang boleh kita jadikan [the].
 
Man: Jadi kali ini 'phrase' kita jadi 
- phrase yang definite!
 
Wak: Ya!
 
satu lagi perkara yang aku nak ingatkan sahaja
ٌالمكتب
- almaktab[u]
adalah dari perkataan
ٌمكتب
maktab[un]
 
tengok ya, 
masa perkataan itu tak ada 'al' kita nampak [un] tanwin diakhirnya
tapi bila ada 'al' tanwin digantikan dengan "baris depan" aje.
 
Perkara ini, kita akan bicangkan apabila bercakap tentang nahu bahasa arab nanti. Cuma pada ketika ini ambil ingat je.
 
Man: OK. Buat masa ini aje, kita nak sebut
ُالمكتبُ الصَّغير
cara mana?
 
Wak: kita sebut je macam ini:
al-maktabus saghi-r
dipenghabisan tak sebut [u]nya
 
disini kita sambung aje 2 perkataan jadi seperti satu. jadi akhir perkataan "almaktab" kita bunyikan baris dia yang asal.  Jadi le
"almaktabu"
 
almakaktabus saghi-r
'[the] meja kecil
 
Man: OK! saya nak tanya pula!
 
airport - apa arab kata?
 
Wak: 
ٌمطار
- mata-r
 
Man: baru?
 
Wak:
ٌجديد
- jadi-d
 
jadi apa kata kita jadikan:
[the] airport baru,
amacam?
 
Man:
ُالمطارُ الجديد
almata-r aljadi-d
 
Wak:
ok, aku rasa sebut macam ini baik.
 
ُالمطارُ الجديد
almata-rul jadi-d
 
kita bunyikan ekor mata-r yang patut ada [u] dan sambungkan dengan perkataan yang mengikut 'aljadi-d' jadilah
 
ُالمطارُ الجديد
almata-rul jadi-d
 
yang akhir sekali jangan sebut [u] dia. macam kita mengaji quran. OK?
 
Ya Allah terangkanlah hati kami dan jangan jadikan kami jemu belajar....
 
الله اعلم بالصواب
Categories: