Apa beza bateri dengan elektrik rumah
Sekarang mungkin kita terfikir.
S1. Apakah perbezaan bateri dengan elektrik rumah?
J1. Oh oh. Secara mudah cuba fikirkan begini sahaja:
- Bateri adalah kuasa/power yang boleh bawa kemana2 - portable
- Elektrik rumah kena ada wayer mengikut kita kemana2 apabila hendak dipakai. Semacam handphone - mana ada wayer - boleh disamakan dengan bateri!
Tetapi telefon rumah - siap dengan wayer terlekat padanya. Panjang wayer itulah menghadkan jarak kemana ia boleh ditarik.
Satu lagi fakta penting:
Biasanya bateri dinamakan sebagai - elektrik DC [direct current/arus terus]. Dan elektrik rumah dinamakan sebagai - elektrik AC [alternating current/arus ulang-alik]
S2. Mengapa elektrik jadi sedemikian rupa?
J2. Walaupun keduanya adalah dari jenis elektrik namun perangainya sedikit berlainan. Kita akan bincangkan perkara ini apabila sampai kepada elektrik untuk rumah. Jadi untuk sementara ini kita tumpukan dahulu kepada elektrik DC.
Enjoy!
