Ilmu
S1. Ilmu itu apa?
J1. Ilmu itu agak luas jika hendak dihuraikan. Tetapi untuk peringkat ini mari kita bermula dengan yang mudah sahaja. Atau sebelum itu cuba kita tinjau sebentar perkara.
Contoh:
S1a. Adalah bahan2 yang dipaparkan dalam web ini mengandungi ilmu?
J1a. Secara ringkas - sedikit sahaja. Kebanyakannya hanya disentuh dipermukaan sahaja. Tetapi kalau kita hendak ia sepatutnya ada:
- latarbelakang
- prinsip
- perbincangan
- perkembangan selepas itu.
Eh ini macam tulis repot!
Sebenarnya jika perkara diatas tidak disentuh maka ilmu itu tidak akan berkembang. Kita cuma mengikut sahaja sedangkan ilmu itu wajib dituntut dan dicari digali dan disebarkan kepada yang mampu menerima.
Sebelum itu cuba fikirkan:
S1b. Mengapa ada siang malam?
S1c. Mengapa ia terjadi?
S1d. Apakah kesan siang dan malam kepada makhluk?
S1e. Mengapa dikhatulistiwa siang dan malamnya sama panjang?
S1f. Mengapa kawasan lain dari itu berbeza pula waktu siang dan malam?
S1g. Nagaimana kita menerangkan fenomina itu?
......... dan dsbnya
Subhanallah. Besarnya kuasa Allah!
