Bahasa arab 45 - jumlah ismiyah ... past tense!
Submitted by tokchuk on Thu, 06/18/2015 - 13:13
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Jadi sekarang ini mari kita teruskan mencari bahan2 dalam bahasa arab ok?
Man: Ok!
Wak: Cuba engko baca tulis ini dan beri apa2 penerangan yang engko tahu.
قد كتب مروان درسه
Man:
قَدْ كَتَبَ مَرْوَان دَرْسَهُ
qad kataba marwan darsahu
قَدْ
qad: penambahan pada perkataan past tense.
-- kalo ikut orang putih katanya past tense yang dekat = has ...
قَدْ كَتَبَ
qad kataba = he has written
kalo ikut ustaz harfiyah
قَدْ كَتَبَ
qad kataba = sungguh dia telah menulis
مَرْوَان
1. marwan: biasanya ism mesti diakhiri dengan dhommah bertawin. Untuk ini kita diam je le tak payah bubuh dhommah.
2. sebab ia dah dibubuh dalam ayat maka ia juga jadi fa-3el, pembuat.
دَرْسَهُ
darsahu: ini mudhaf wa mudhaf ilaihi.
دَرْسٌ + هُ
jadi
قَدْ كَتَبَ مَرْوَان دَرْسَهُ
= Marwan has written his lesson
= [sungguh] Marwan telah menulis pelajarannya.
Wak: Ok boleh pakai! Seterusnya baca ini.
المُهَنْدِسُ مَشْغُولٌ
Man:
المُهَنْدِسُ مَشْغُولٌ
almuhandis mashqhul
= the engineer is busy
= jurutera itu sebuk
Wak: Engko perasan tak ayat ini jenis apa?
Man: Jenis jumlah ismiyah
Wak: Ada tense ke padanya?
Man: apa maksud wak. Yang ada tense jumlah fe3liyah sebab ada termasuknya kerja. Dan kerja mesti ada
- tense
dan mesti ada pelakunya
- fa-3el
jadi dalam jumlah ismiyah apasal nak ada tense pula?
Wak: Tadi bila engko translate dalam bahasa orang putih apa cakap?
Man:
المُهَنْدِسُ مَشْغُولٌ
almuhandis mashghul = the engineering IS busy
oh oh, ya ada IS. maka ia otomatik jadi present tense.
Wak: Ok itu lah yang dikatakan dalam bahasa arab
= bila jumlah ismiyah, present tense bio je le, tak payah ada apa2 tanda
tapi kalo past tense amacam nak kata?
Man: Ok apa nak kata wak?
Wak: Ok datang le satu perkataan yang akan menyebabkan jumlah ismiyah itu bertuko jadi past tense.
- kita bubuh
كَانَ
ka-na = was/were
Jadi amacam pakai?
1. tambah sahaja didepan ayat asal
2. jadikan predikatnya berbaris atas bertanwin
كَانَ المُهَنْدِسُ مَشْغُولا
ka-nal muhandis mashghula- = the engineer WAS busy / jurutera itu [adalah] sebuk
[adalah] itu, ustaz2 yang membubuhnya dengan makna apa? Past tense ke? Aku sendiri pun confused! Maksud aku seperti:
Saya adalah cikgu.
Ini ayat present tense ke past tense?
Adalah dimaklumkan bahawa duit ini adalah duit derma untuk berbuka puasa.
Amacam? Apa tense ayat ini?
Man: Terkelip2 saya mendengar penerangan wak ni.
Tapi tak apa! Saya faham macam ini je le
المدير مشغول
almudi-r mashghul = the boss IS busy
كان المدير مشغولا
ka-na almudi-r mashgu-la = the boss WAS busy
amacam! ini senang je le wak!
- tak ada ka-na jadi le ayat present tense
- bila ada ka-na jadi past tense.
sama juga
هذا سَهْلٌ
ha-za sahal = this IS easy
كَانَ هذا سَهْلاً
ka-na ha-za sahla = this WAS easy
Wak: Nampak engko boleh catch-up ni
Ya Allah terangkan hati kami dan cepat dapatkanlah segala apa yang kami pelajari ini ya Allah. Dan janganlah engkau tarik balik pelajaran ini dari kami pula ya Allah ...
الله اعلم بالصواب
Categories:
