Bahasa Arab - Persediaan awal - 2
Submitted by tokchuk on Mon, 09/07/2015 - 07:33
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Baik! Sekarang mari kita tengok bahasa arab pulak. Dan tengok apa ke perbezaannya dengan tulisan jawi.
Man: Ok. Jalan wak!
Wak: Ok! Dalam bahasa arab. Fungsi: ا ي و
ialah:
- untuk memanjangkan bunyi sahaja.
Orang yang belajo tajwid kata ini: "huruf mad" - pemanjang bunyi.
Seperti
رسول - rasuul
panjangkan bunyi pada "suu"
Man: Wak! Amacam kita nak tahu
رسول = rasuul
bukan bunyinya jadi "risuul" atau "rusuul"?
Wak: Hah! Ini ler yang kita kena bubuhkan baris seperti tadi, bila dah biasa - tak payah ler nak baris lagi!
رَسُولٌ
- dalam bahasa melayu. Tanda2 di "atas" atau di "bawah" atau di "depan" pada huruf dipanggil sebagai: "baris"
- dalam bahasa orang putih "baris" itu dinamakan sebagai "vowel"
- dalam bahasa arab pula dia dikata sebagai "harakah" atau "harakat" tengok siapa yang bercakap! حَرَكَةٌ
Jadi kita nampak kan. Tulisan arab ni high class punya ler. Sebab dia main hafal jer vowel dia. Ada
ا ي و
cuma sebagai "huruf mad" - pemanjang bunyi!
Man: Mmmmm.
Wak: Jadi! Kalo aku tulis
محمد
boleh tak engko bunyikan tulisan ini?
Man: Eleh! Ini senang wak!
محمد - Muhammad.
Sebab dah selalu dengo dan tengok. Dan dah dengo amacam orang ramai sebut !
Wak: Kalo ini: نبي محمد
Man: نبي محمد = nabii muhammad
pada نبي - nabii : bunyi "bii" mesti panjang punya. Sebab di situ ada "huruf mad". Huruf pemanjang bunyi!
Wak: Ok! Jadi kalo kita tulis:
نبي محمد رسول الله - nabii Muhammad rasuulul laah
Gitu le bunyinya. Iaitu "mad" pada:
نبي = nabii : pada "bii"
kemudian pada
رسول = rasuul : pada "suu"
dan pada
الله = allaah : pada "laa"
iaitu pada "lam"
- yang ada sabdu diatasnya huruf "lam"
- kadang2 ada satu baris "menegak"
- itu ler tanda bunyi panjang
Man: Eleh. Ini yang senang wak!
Wak: Jadi kalo kita merangkak2. إن شاء الله Insyaallaah Allaah
- Allaah akan tolong kita
Yaa Allaah permudahkanlah kami dalam mempelajari ilmu pengetahuan yang berguna ini yaa Allaah.
الله اعلم بالصواب
Categories: