Umrah - persediaan
Submitted by tokchuk on Tue, 11/24/2015 - 08:39
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya nak tanya sikit pada wak ni!
Wak: Tanya apa?
Man: Saya ni first time nak pergi umrah! Jadi boleh tak wak ajor saya sikit tak tentang kerja ibadat umrah ni?
Wak: Hmm... Aku ni pun dah ingat2 lupa dah! Tapi walau apa2 pun sambil2 itu aku galakkan engko:
- baca kitab2 yang berkenaan atau google ajer ler
- pergi mana2 tempat yang adakan kursus umrah.
Man: Wak ajor ler sikit2 dulu. Sekurang2nya dapat ler saya sikit idea! Dan ia akan memudahkan saya faham bila baca kitab ker atau ikuti kursus nanti!
Wak: Gini ler. Mula2 :
Introduction:
Apabila seseorang itu masuk Makkah. Dia mesti melakukan
- umrah atau
- utamakan haji kalo bertepatan dengan musim haji.
Kemudian kalo engko keluo pula dari Makkah engko kena melakukan
- tawaf wada'
Man: Saya belum dapat tawaran haji lagi wak! Tapi rasanya untuk umrah tu saya cuba2 le usahakan.
Wak: Jadi ingat - masuk ajer Makkah - kena:
- umrah atau
- haji.
Man: Jadi umrah tu bila2 masa je?
Wak: Yer. Tapi haji bermula dari bulan Syawal sampai ler pada hari wukuf 9 Zulhijjah.
Man: Jadi kalo saya berpeluang singgah Makkah lepas raya puasa. Saya boleh buat umrah dan haji sekali ler.
Wak: Ikutkan - memang boleh. Tapi sebab Saudi yang kawal. Tak semudah itu ook.
Man: Apasal?
Wak: Kalo engkao nak pergi umrah pun engko kena jumpa agent umrah. Kampeni pekej umrah. Makanya kita tak boleh senang2 nak masuk Makkah ikut sedap ajer.
Man: Sebab?
Wak: Procedure arab Saudi tu.
- mesti ada agent, kampeni atau muassasah
- untuk mengendalikan pergi-balik dan penginapan di Makkah/Madinah
- mesti dapat visa
- visa hanya agent sahaja yang boleh uruskan.
- sendiri2 tak boleh buat. Arab Saudi akan reject kita!
Man: Hoh! powernya arab Saudi.
Wak: Dah negeri dia!
Man: Kenapa le dia tak mudahkan dan bebaskan orang2 islam keluo masuk Makkah/Madinah. Insyaallah Allah akan beri banyak rahmat dan meninggikan lagi syiar islam dikalangan umatnya.
Wak: Tak tahu ler. Agak2 aku ler. Mungkin arab tu fikir banyak kesusahan akan berlaku kalo orang islam boleh senang-lenang keluo masuk tak!
Man: hmmmm....
Wak: Ok kesimpulannya. Point kita kali ini ialah :
Masuk Makkah ajer mesti buat:
- umrah atau
- haji jika betepatan dengan musim haji.
Keluo Makkah:
- tawak wada'
Ya Allah permudahkanlah kami yang hendak melakukan umrah dan haji. Berikanlah kami pelajaran yang berguna sebagai persiapan kesana....
والله أعلم
Categories:
