Bahasa arab 91 - present tense 6
Submitted by tokchuk on Thu, 02/04/2016 - 16:40
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Sebelum ini wak ada tulis
فعل ماض
amacam sebut: fi'il ma-di
Wan: Kalo ikutkan grammar iaitu semua huruf berbunyi jadi le
فعل ماض
- fi3lun ma-dhin
= a past tense
Tapi ingat kata le kita nak tulis ini jadi tajuk seperti orang putih kata
- the past tense
kita tulis
الفعل الماضي
- ada al pada dua2 kata tadi.
Jadi? Apa ke masalahnya?
Man: Cuma tanya je.
Wak: Oooo. Jadi kita ingat le. Bila nak menulis:
- phrase
- idafah atau
جملة
Man: Ok wak.
Wak: Engko masih lagi ingat tentang present tense?
Man: Ingat wak
- bubuh depan penambahan 'tantuya'
- huruf '3ain' matikan
- huruf 'lam' baris depan
seperti
فَتَحَ - يَفْتَحُ
fataha = he opened
فتح احمد الباب
= ahmad opened the door
يَفْتَحُ احمد الباب
= ahmad opens the door
atau
= ahmad is opening the door
formulanya
- tambahkan 'ya' di depan kerana ini kes -huwa-
- 'fa' matikan
- 'ha' baris depan
Wak: "tantuya" dan masuk ni.... Terangkan!
Man: O kan wak juga kata. '5 in the pocket'. Maka kita simpulkan seperti berikut:
- huwa > ya, ingat 2 biji telur
- hiya > ta, 2 biji tetek
- anta > ta, ambil sempena huruf awal 'anta'
- ana > alif, sempena huruf awal 'ana'
- nahnu > nun, sempena huruf awal 'nahnu'
Seperti ini:
هو = يفتح
هي = تفتح
انتَ = تفتح
انا = افتح
نحن = نفتح
Wak: Ok rasa2nya engko boleh ingat tu
Man: Minta2lah jangan Allah ambil balik apa yang baik tu dari kita....
Wak: Ya berdoalah selalu....
Ya Allah baharu sahaja kami ini mula nak meningkat. Masih lagi merangkak2. Dari itu terangkanlah hati kami ini ya Allah supaya kami dapat menfaatkan pelajaran ini secepat mungkin. Ya Allah engkaulah yang maha berkuasa dan maha pengasih....
الله اعلم بالصواب
Categories:
