Nikon baru siri DL pulak...
Submitted by tokchuk on Mon, 03/14/2016 - 18:14
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
PnS Nikon
Nampak gaya, sesiapa yang masih lagi meminati advanced PnS dari siri Nikon Coolpix P7800 dengan saiz sensor-nya cuma sebesar 1/1.7" sudah boleh berubah angin.
Sebab Nikon sudah menghentikan siri tersebut. Sebelum itu mari kita tinjau pula apa model yang boleh dipilih mengganti P7800.
Pada 2013 Nikon mencuba Nikon A. Sensornya saiz DX. Tapi riaksi peminat pns tidak banyak berubah!

Kemudian, walaupun siri Nikon 1 sudah 5 tahun bertapak dengan sensor 1" atau CX dengan lens-nya pula boleh ditukar-ganti. Nampaknya peminat pns masih juga tidak tertarik. Tapi apabila sekonyong2 Nikon mengeluarkan Nikon 1 J5 baru2 ini. Barulah mula peminat pns membuka mata. Sedihnya features penting masih lagi perlu dicari dalam menu elektroniknya. Maknanya button atau tombol diluar tidak ada untuk features penting.
Tiba2 baru2 ini Nikon mengumumkan akan muncul 3 lagi jenis kamera pns baru. Dengan prosessor Expeed 6a, ia digelar sebagai siri DL [Digital lens] Pelik namanya! Apa tidak namakan CX saja! Sedangkan sensornya memang mengikut saiz Nikon 1 yang sebesar 1" atau dalam kod Nikon adalah CX. Agaknya pening juga Nikon hendak menamakan kamera baru ini. Nasiblah Nikon...! Ok berikut adalah 3 model tersebut.
1. DL18-50
Basic Specifications
Resolution: 20.80 Megapixels
Sensor size: 1 inch (13.2mm x 8.8mm)
Kit Lens: 2.76x zoom (18-50mm eq.)
Viewfinder: No / OLED
Native ISO: 160 - 12,800
Extended ISO: 160 - 12,800
Shutter: 1/16000 - 120 seconds
Max Aperture: 1.8
Dimensions: 4.2 x 2.5 x 2.3 in (106 x 63 x 58 mm)
Weight: 12.9 oz (365 g) includes batteries
Availability: 06/2016
2. DL24-85
Basic Specifications
Resolution: 20.80 Megapixels
Sensor size: 1 inch (13.2mm x 8.8mm)
Kit Lens: 3.56x zoom (24-85mm eq.)
Viewfinder: No / OLED
Native ISO: 160 - 12,800
Extended ISO: 160 - 12,800
Shutter: 1/16000 - 120 seconds
Max Aperture: 1.8
Dimensions: 4.1 x 2.4 x 2.0 in (105 x 61 x 50 mm)
Weight: 12.3 oz (350 g) includes batteries
Availability: 06/2016
3. Nikon DL24-500
Basic Specifications
Resolution: 20.80 Megapixels
Sensor size: 1 inch (13.2mm x 8.8mm)
Kit Lens: 21.00x zoom (24-500mm eq.)
Viewfinder: EVF / OLED
Native ISO: 160 - 12,800
Extended ISO: 160 - 12,800
Shutter: 1/16000 - 120 seconds
Max Aperture: 2.8
Dimensions: 4.8 x 3.5 x 5.5 in (123 x 90 x 139 mm)
Weight: 27.5 oz (780 g) includes batteries
Availability: 06/2016
Nampaknya ketiga2 kamera ini akan keluar pada bulan 6/16. Sambil itu kamera terakhir iaitu DL24-500 nampaknya macam hendak menggantikan bridge camera Nikon saja!
Jadi penggemar pns Nikon bolehlah memikirkan model mana yang boleh menggantikan pns lama.
الله اعلم بالصواب
Categories:
