Advanced PnS dari Nikon
Submitted by tokchuk on Mon, 05/02/2016 - 14:51
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Advanced pns
Jika ikut Nikon. Ia telah mengeluarkan siri:
P7000
P7100
P7700
P7800 Harga +/- RM1,970.60
Semua ini bersensor 1/1.7". Walaupun kecil hasilnya memuaskan.
Dicelah2 itu Nikon pernah mengeluarkan pns bersensor APS-C [DX]:

Nikon A [DX] Harga:+/- 3,423.80
Dengan harga menggila seperti ini patutlah tidak ada pengikutnya.
Begitu pula dalam kes sensor 1". Nikon sudah ada:
Siri Nikon 1 J, S dan V
Ini lebih kepada siri lens tukar-ganti [interchangeable lens]. Cuma baru2 ini Nikon menambah model:

Nikon 1 J5 dengan kit lens 10-30mm [3x]. Harga +/- RM1,940
Nikon menjangkakan pemunya P7x00 akan berpindah kesini pula. Disamping itu bolehlah menafaatkan berapa lens yang telah disediakan dalam siri ini.
Aleh2 tak semena2 Nikon mengumumkan pula pns bersensor 1" baru:

Nikon DL 18-50mm [2.7] Harga US849 [RM3,325.95]
Nikon DL 24-85mm [3.5] Harga US649 [RM2,542.45]
Kedua2nya mempunyai fast lens f/1.8-2.8
Jadi untuk kesimpulan:
- pns 1/1.7" sememangnya boleh biarkan dia bersendirian senasin Nikon A.
- sedangkan Nikon 1 J5 [sensor 1"] agak murah sedikit dari kes P7800 [sensor 1/1.7"]
- kemudian datang pula pencabar baru Nikon DL [sensor 1"] dengan harga lebih RM600. Ini kerana lensnya pantas [fast f/1.8]
الله اعلم بالصواب
Categories:
