Bahasa arab - persediaan awal 4
Submitted by tokchuk on Thu, 08/04/2016 - 08:37
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Wak: Aku nak minta engko buatkan sikit "summary" kepada apa yang kita dah sebut setakat ini. OK!
Man: Hmmm....
1. Dalam tulisan jawi
ا ي و
- adalah vowel atau huruf saksi.
- bila kita cantumkan dengan sebarang huruf sebelumnya
- barulah susunan itu berbunyi
contoh:
- kalau kita hendak mengeja kata: 'kami'. kita buat begini...
كا - kaf-alif = ka
مي - min-ya = mi
كامي = kami
Tapi dalam bahasa arab.
- Huruf saksinya dah ada pada huruf tu sendiri.
- Dah di-embedded!
Contoh:
Kalo ditulis huruf "alif" ia boleh berbunyi:
اَ اِ اُ
- boleh berbunyi -a-i-u- dengan bunyi pendek je..
- itu sistem arab
- untuk kita yang bukan berlidah arab. Kita kena ada panduan!
- maka kita pun perlukan baris...
- baris atas bunyi "a"
- baris bawah bunyi "i"
- baris atas bunyi "u"
Tetapi kalau pada kes:
- satu2 huruf berkawan dengan:
ا ي و
contoh:
- pada huruf "ba"
- yang asal berbunyi dengan baris "atas" "bawah" dan "depan".
Maka jadilah:
بَا بِي بُو
dengan bunyi baa [baa panjang]
bii [bii panjang]
buu [buu panjang]
eheh... macam mengaji mukaddam pulak kan wak!
Wak: Hmmm gitu-le. Dan aku nampak. Engko dah boleh faham le tu ye.
Maka engko dah boleh bezakan tulisan "melayu jawi" dengan "tulisan arab" sebeno2nya.
Ye! Tapi ingat le. Dalam quran memang diletakkan "baris".
- Supaya semua orang boleh membunyikan tulisan arab
- termasuk kadar panjang-pendek kata2 tertentu dengan bunyi yang dikendaki oleh arab.
Itu sebab dalam tulisan arab biasa. "Baris" memang ditinggalkan.
- Bila ini terjadi.
- Sebaik2nya kita dengo aje bagaimana arab akan bunyikannya seperti dalam percakapan meraka....
Man: Ye
Wak: Selepas ini kita boleh le mulakan dengan bahasa arab yang sebenar ye....
Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mengerti cara membunyikan tulisan dengan yang berbaris maupun yang tidak bertanda atau tidak berbaris. Ya Allah terangkan hati kami ya Allah. Permudahkanlah pelajaran yang sedang kami pelajari ini ya Allah.
الله اعلم بالصواب
Categories: