Bahasa arab - 130 kata soal

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Mengikut penulis yang bukunya kita rujuk sepanjang ini. Dia kata. Bila dah sampai setakat ini. Baik-ler kita ulang sikit apa2 yang telah kita lalui. 
 
Man: Kita nak ulang apa wak?
 
Wak: Cuba tengok ini. Apa makna: ما هو؟
 
Man: Eleh senang wak: Apa dia? 
 
- ما هو؟ > Apa dia ni?
- هو قطّ  >  dia ni kucing. Kena letak pada benda jantan. Kalo betina kita cakap
 
ما هي؟ > apa dia ni? untuk betina.
هي دراجة > dia ni basikal
 
Wak: Kalo pada manusia kita cakap amacam?
 
Man: Pakai: من هو؟  > Dia ni siapa?
هو مدير > dia ni  boss
 
Wak: طيب
Kita guna "ما" untuk menanyakan  "apa" bila disambungkan pada isim
 
ما هو؟
ما هذا؟
ما اسمه؟
 
kemudian kalo nak tanya "apa" untuk perbuatan. Kita kata:
 
ماذا أكلوا؟  > apa telah mereka makan? ini past tense
 
ماذا يحمل؟ > apa dia kendong? ini present tense
 
Man: Jadi:
- "ما" untuk menanyakan pada barang / binatang -ker
- "من" untuk manusia pula
 
kemudian:
 
" ماذا " untuk bertanya tentang perbuatan.
 
Wak: Ada lagi. Seperti:
 
ما وجدنا التقرير في الدفتر   > kami "tak" jumpa the report dalam file tu.
ini menidakkan perbuatan!
 
ما كلّمْنا الرئيس أمس > "tak" cakap [pun] boss pada kita semalam
 
Maknanya " ما  " bersambung dengan perbuatan jadi makna "tidak" - negative-kan perbuatan.
 
Man: Ok. Jadi " ما " dah ada berapa makna tu. "Apa" dan "tak"!
 
Wak: Kemudian ada pula pronoun yang mencelah! Seperti:
 
ما هي الذبيحة؟ >  what [is] "she" the sacrifice [animal]?
 
من هو المدير؟ > who [is] "he" the mudir?
 
Kemudian datang pula:
 
أيّ > which / mana satu
 
أيّة > untuk betina
 
أيّ بيت؟ > which house
 
أيّة بنت؟ > which girl
 
Kena ingat: Selepas " أيّ" mesti guna: singular / indefinite / majrur!
 
Man: Nanti wak "majrur" tu apa.
 
Wak: Baris bawah. أيّ بيت؟ bunyinya ayyu baitin. "tin" bukan "tun"
 
Man: Kena ulang2 selalu ni wak!
 
Wak: Memang-ler. Kalo tak lupa kita. Kemudian kita tengok: " كم " > berapa banyak. how many?
 
كم رجلا؟ > berapa banyak jantan? Kena ingat pula: Noun " رجلا " sepatutnya: singular / indefinite / mansub! macam tadi juga tapi mansub pulak!
 
Man: Mansub!
 
Wak: Baris atas. Jadi كم رجلا؟  bunyi : kam rajulan?
 
كم سيارة؟ > berapa banyak kereta? Tengok singular / indefinite / baris atas.
 
Man: hmmmm....
 
Wak: Datang pula: كيف > bagaimana / how
 
كيف سافرتَ؟ > bagaimana engko telah travel?
 
كيف الأولاد؟ > bagaimana anak2?
 
Man: Tak boleh-ker kita cakap كيف الأولادك؟ - ada "ka".
 
Wak: Boleh. Kemudian kita ada lagi:
 
لِمَ = لِ + ما > for what
 
مِمّا = مِن + ما > of what
 
حسنا kita akan sambung lagi dilain kali ye jika panjang umur!
 
Man: ان شاء الله
 
Wak:
 
يَارَبِّ زِدْنِىْ عِلْمًا وَارْزُقْنِىْ فَهْمًا 
Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman.
 
الله اعلم بالصواب
 
Categories: