Masa!

s1. Waktu itu penting bagi umat islam. Terangkan apakah salah satu kepentingan waktu itu?

 

j1. Memang kita sembahyang fardu 5 waktu diwaktu yang telah ditetapkan.

contoh:

- sekarang ini waktu subuh masuk sekitar pukul 5.40 pagi. Kalaulah dimesjid imam melewat2kan sembahyang subuh selepas pukul 6 pagi - jadi lambatlah jemaah yang bekerja hendak sampai kepejabat. Ini melibatkan jemaah yang sememangnya mengambil masa lama untuk kepejabat.

- lagi! hanya bagi peringatan kepada orang2 yang sekarang ini berada diMakkah yang mengerjakan haji.

Pada malam 10 Zulhijjah mereka boleh berangkat keMina selepas mabit diMuzdalifah pada waktu "lepas tengah malam". Cara mudah untuk menentukan "tengah malam" itu adalah dengan melihat waktu zohor. Jadikan sahaja waktu zohor itu panduan untuk mendapatkan waktu "tengah malam" secara lebih kurang!

Caranya:

Katakanlah waktu zohornya sekitar 12.05 tgh. jadi waktu tengah malamnya pun selepas 12.05 malam itu jugalah.

 

 

Wallahu'alam