Solar LED
Submitted by tokchuk on Mon, 12/11/2017 - 09:17
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
Wak:
وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya nak tanya sikit!
Wak: Ok
Man: Wak tengok benda ini.

Wak: Ini binatang apa ye?
Man: Lampu Solar cell.
Wak: Apa kerjanya?
Man: Siang. Bila ada matahari. Bateri binatang ni akan di-cas. Bila malam. Lampu LED dia akan hidup secara otomatik.
Wak: Bagus juga le binatang ini ye. Jimat. Tak perlu letrik rumah.
Man: Mula2 tu bagus le. Lama saya perhatikan. Dari dia boleh menyala dari maghrib sampai ke pukul 2 ke 3 pagi. Tapi selepas itu....
Wak: Tapi?
Man: Tapi. Lama2 saya perasan. Apasal sekarang ni. Tak sampai pukul berapa je. Dia dah padam.
Wak: Bateri tak cukup power ni.
Man: Selidik punya selidik. Hah jumpa sebabnya.
Wak: Apa dia?
Man: Cuba wak tengok ini. Wak nampak apa?

Wak: Leh! Patut le. Tak cukup power nak cas bateri apa? Solar cell dah berkeladak. Nak dapat cahaya matahari amacam!
Man: Jadi. Ini le masalah rupanya.
Wak: Ada jual ke spare untuk solar cell ini?
Man: Made ini China. Mana ada yang sejenis ini. Kalo ada. Dah tak sama size dengan yang ini.
Wak: Jadi kira burn le. Eh! Berapa harga complete set yang baru?
Man: RM20 lebih kurang rasanya.
Wak: Kiranya engko dah pakai berapa lama?
Man: Rasa2 dekat setahun.
Wak: Hmmmm.... Kira gini je le. Katakan le engko beli sebiji 24ringgit. Kalo tahan setahun. Maknanya engko dah bayo 2ringgit sebulan.
Kalo beli baru pun ok juga tak?
Man: Tapi wak. Tak berbaloi rasanya.
Wak: Ye le...
Man: Sebab. Kalo beli yang baru. Setahun lagi keladak lagi le solar cell tu...
Wak: صحيح
China made. Hmmm...
Man: Kalo nak beli jenis lain. Mungkin...
Wak: Kena le tengok solar cell dia tu nanti tak berkeladak seperti ini.
Man: Nak tahu amacam! Nak tanya china?
Wak: Nak tanya china? Hmmm...
Yang pasti. Engko kena selidik sendiri le.
Jenis yang ini tu tak boleh pakai. Membazir.
Cari le jenis yang lain pulak le.
Atau jangan lagi beli yang harganya semacam tu. Kena beli yang mahal sikit lagi tak!
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
Categories:
