Bahasa arab 147 - 10 min [pg 5/6]

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan keatas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Mari kita ambik 10 minit aje ye. Untuk belajo bahasa arab ni ye!
 
Man: Buku 10min ek?
 
Wak: Ye. Sekarang pada pg5:
 
 
Pengarang ni mencampur-adukkan bahasa arab dengan bahasa inggeris. Macam yang dah kita buat sampai sekarang ni. Hmmm... Agaknya. Cara ini senang nak belajo tak?
 
Cara kita:
Melayu - Inggeris - Arab. Melayu pasal kita melayu. Inggeris pulak. Kadang diguna pasal mungkin ia akan memahamkan lagi. Arab. Itu target kita. 
 
Man: Wah! Semangat wak! Nak belajo ni.
 
Wak: Ok. Disini:
 
Pengarang memperkenalkan Jordan - الأردن = alurdun. Dengan ada 'al'
 
Mesir - مِصر Tak ada 'al'
 
Morocco - Maghribi - المغرب Dengan ada 'al'
 
Lebanon - Lubnan - لُبنان - leh! Tak ada 'al' mmm lagi.
 
Man: Maknanya sekarang. Kita kena le tau. Ada negeri arab yang mesti ada 'al'. Dan ada yang tak pakai 'al'....
 
Wak: نعم
Itu le fesen arab. Nak kita kata amacam.
 
Man: Kena hafal je le jawabnya.
 
Wak: نعم Sekarang kita dapat 4 negeri dah. Lain2 negeri. Kemudian agaknya!
 
Kemudian dibawahnya. Kita didatangkan dengan "kata2-soal" yang membolehkan kita memulakan kita berkomunikasi.
 
Man: Hmmm... اين
Ini kita dah lalui. Contoh: اين انت الان
 
Wak: Ok. Pada pg5 tadi dah ditunjukkan satu2 كلمة dan dipadankan dengan maknanya.
 
Maka pada pg6.
 
 
Hah exercise dah datang. Ini maknanya mesti hafal le kata2-soal tu.
 
Man: Hmmm. Kalo lupa apa salahnya kita selak balik pg5.
 
Wak: Boleh. Apa salahnya. Tak ada siapa yang nak marah engko. Tapi selalu2 le selak2 pg5 supaya tak lupa كلمة dan maknanya.
 
Man: Ok... Dibawahnya tu kata pengarang:
 
Study!
 
Kemudian tiru tulis arab tu! 
 
Wak: Ye. Engko kena baca kuat2 supaya lancar. Kemudian cuba tulis serupa sepertinya.
 
Man: كيف حالكِ
Memang ler. Ini pertanyaan yang ditujukan pada perempuan.
 
ما هذا
ini ditujukan pada barang. Barang dari jenis jantan
 
متى نأكل - mata nakkulu? = bila kita nak makan?
 
Wak: Jap! 
 
Man: Ok.
 
Wak: نأكل - ini present tense. Ingat lagi "5 in the pocket"!
 
Man: Dah lupa!
 
Wak: Tak apa.
 
Man: Ok. Sambung lagi:  اين هذا
Ini cara nak bertanyakan "dimana ini?"
 
Wak: Kalo dah tunjuk globe tu. Mungkin boleh juga kita kata: اين هذا المكان - dimana tempat ini? 
 
Man: Ok. Kemudian kita ada: من هو
Untuk manusia kita tak kata: "ma" Kerana pada manusia. Kita mesti guna "man"
 
Wak: Dan diakhiri dengan:  بكم هذا = how much is this?
Ingat. Kita cakap seperti ini bila nak bertanya tentang harga barang.  
 
Man: Jadi. Kita pegang je satu barang. Maka kita pun kata بكم هذا
 
Wak: Tapi kalo engko dah tau barang tu betina. Kita kena sebut بكم هذه = dengan berapa banyak [harga] benda betina ini?
 
Ok cukup dah 10 min ye!
 
Man: شُكُر الحمدلله
 
Wak: Semoga kita berjumpa ان شاء الله
 
الى اللقاء
 
يَارَبِّ زِدْنِىْ عِلْمًا وَارْزُقْنِىْ فَهْمًا 
Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman.
 
الله اعلم بالصواب
Categories: