Umrah vs Haji
Submitted by tokchuk on Wed, 06/26/2019 - 07:53
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya nak tanya sikit ler wak!
Wak: نَعَمْ - na'am = iyer
Man: Apa ker bezanya umrah dan haji itu wak?
Wak: Secara umum ajer ler iye!
Man: Ok wak! Ikut wak ajer!
Wak: Umrah itu boleh dikerjakan sepanjang tahun. Maknanya:
- macam orang sekarang ni cakap: 24/7
Man: Hohoho... bila2 masa ajer ler kan?
Wak: Yer. Contoh:
1. kalo engko masuk ajer ke Makkah - kena ler engko buat "umrah"
- kerana umrah tu nak mengagongkan kaabah
2. kalo engko dah ada di Makkah pun. Kerjakan ler umrah:
- kerana umrah itu semacam "haji kecik" atau "haji mini"
- ada yang kata: 7 kali umrah sama seperti 1 haji
- والله أعلم
Man: Baik. Haji pula wak?
Wak: Haji tu pulak hanya boleh dibuat:
- sekali sahaja setahun.
- ada waktunya pulak.
-- iaitu bermula 1 Shawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
Man: Tak faham wak!
Wak: Gini iyer.
Katakan le. Engko masuk Makkah bukan dalam bulan haji:
- iaitu selain dari 1 Shawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah
- maka engko berniat "haji"
- le! sia2 ajer ler engko. Tak kan jadi haji - engko
Man: Hmm... Jadi saya kena faham le wak! Bila nak niat haji atau umrah!
Wak: نَعَمْ - na'am = iyer
Man: Jadi:
1. Bila nak masuk Makkah pastikan bulan apa dulu?
- kalo niat nak buat haji
- pastikan masuk Makkah dalam bulan2 haji.
- kalo bukan bulan2 haji: niat umrah ajer ler.
Wak: صحيح - sahiih - orait!
Man: Tapi wak! Kalo kita masuk Makkah dalam bulan haji. Tapi kita niat umrah. Tak jadi haji ker?
Wak: Leh. Kan aku dah kata tadi kan:
Umrah: masanya 24/7
- walaupun engko masuk dalam bulan2 haji.
- tapi engko berniat "umrah".
- maka - engko cuma dapat "umrah" aje
- bukan haji!
Man: Jadi kalo kita masuk ke Makkah dalam bulan2 haji. Maka kita berniat haji:
- baru le dapat haji?
Wak: نَعَمْ [na'am] = iyer
tapi ingat:
- kalo engko masuk Makkah dalam "bulan haji"
- tengok dulu berapa hari lagi nak menyampaikan ke "hari wukuf"
- kalo engko tahan - berapa harikah engko nak berihram tu
- dan engko boleh "tahan pantang larang ihram" berhari2 tu
- maka terus ler.
- kalo tak tahan. Jangan niat "haji" !
Man: Tak faham wak!
Wak: Bila nak buat haji. Kena ingat:
- berapa harikah yang engko sanggup "tahan berihram"
- "seminggu" atau "2 minggu" atau "sebuan" !
- kalo - tahan ! "teruskan" niat haji
- kalo - tak tahan ! "jangan" niat haji!
Man: Oooo... Kena fikir sendiri dulu!
- berapa hari kita "tahan" dalam ihram!
- kemudian bandingkan dengan berapa hari lagi nak ke "hari wukuf" dari mula kita masuk Makkah
Hmmm... mengelabah juga ni wak!
Wak: Pilih je kehendak hati engko. Engko yang nak menanggungnya nanti
Man: Orait!
Wak: طيب - taiyib. baik
Itu le sahaja
إن شاء الله تعالى
- jika Allah mengkehendaki
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
استغفر الله عظيم
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
والله أعلم
Categories:
