Bahasa arab permulaan 53 - كيف حالك
Submitted by tokchuk on Wed, 08/28/2019 - 10:39
Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak:
وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
طيب - "tayib = ok!"
الآن - alaan = sekarang
aku nak engko perhatikan benda ini:
Man: Ye!
Wak: Biasanya kita diajo. Bila bertemu. Mesti tanya: "Apa kabo?"
Tapi kalo orang putih. Dia cakap: "How are you"
Dalam arab. Dia kata:
كيف حالك
- kaifa haaluka
atau ada yang sebut:
- kiif haalak
= apa kabo
كيف = bahagaimana
حالك = حال + أنت
hal engko, haalmu
Man: كيف حالك
- kaifa haaluka
atau
- kiif haalak
- apa kabo
كيف = bahagaimana
حالك = حال + أنت
- haaluka = haal + anta = haal + engko atau haalmu
dalam kes:
- kiif haalak
dia guna "kaf" baris bawah
kemudian matikan "kaf" diakhir
sebelum mati pakai "baris atas" pulak yang sebtulnya "baris depan". Eheheh!
mmmm....
Boleh pakai mana2 pun ye wak!
Wak: "kiif haalak" tu biasa macam bahasa pasar tu!
Man: Baik!
Wak: Tapi yang aku tunjukkan ada 3 bahasa ni ialah:
1. kalo pakai bahasa melayu
"apa" diterjemahkan " ما "
macam:
" ما اسمك " = apa namamu?
Man: Jadi "apa kabo" tak boleh di-tralate direct kepada "كيف حالك "
Wak: Ye! Tapi cuba engko tengok bahasa orang putih!
"How are you"
"how": bahasa arab " كيف " - kaifa
Jadi dalam kes ini. Bahasa orang putih lebih tepat dengan bahasa arab!
Man: Hohoho kita cakap: "apa kabo"
tapi arab kata: "bagaimana haalmu?"
mmm...
Tapi kalo nak tahu "hal" atau keadaan.
Memang le dalam bahasa melayu pun kita pakai "amacam halmu?"
Kalo gitu bila nak cakap apa2 dalam bahasa arab kena faham dalam 2 loghat percakapan.
1. cakap orang putih
2. cakap melayu
3. dengo amacam arab cakap!
Wak: Ye! Pasal arab dekat dengan orang putih. Setailnya entah2 dekat2 satu sama lain.
Kita ni dah jauh sangat dari negeri arab. Maka sebab itu stail cakapnya pun dah jauh!
Man: Ye. Melaknya!
Wak: Jadi ingat ye. Bila tanya "kabo" dalam bahasa arab. Guna:
كيف حالك؟
-apa kabo
Kemudian jawab:
أنا بخير
- baik
Tapi sebetulnya. Ia mengandungi:
بخير= بـِـ + خير
dengan + kebaikan
Man: Bila soalan "apa kabo"
كيف حالك؟
- kaifa haaluk
- bagaimana haalmu?
- apa kabo
mesti jawab:
أنا بخير
- ana bikahir
- baik
yang sebetulnya ada 2 perkataan:
بخير= بـِـ + خير
bikhair = bi + khair
bikhair = dengan + kebaikan = baik!
Tapi wak ini "engko jantan" atau "mu jantan". Kalo "mu betina" ingat: "ka-ki"
Tapi kalo nak senang:
"matikan huruf yang terakhir sekali"
- jadilah tak dengo beza antara "ka-ki" tu!
Wak: Ye! faham dah engko ye!
Man: Heheheh! Sikit beno wak!
Wak: خلص
Wah... bagus ni.
الحمدلله
= kepujian itu tertentu hanya pada Allaah
Setakat ini je le ye! Kita berenti dulu le. Jumpa lagi di lain وَقْت - waktu...
Man:
إن شاء الله
= jika Allaah mengkehendaki
Wak:
إلى اللقاءِ
= hingga bertemu lagi
استغفر الله العظيم
= aku mohon ampun dari Allaah yang besar
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
= tiada satu apa pun kekuatan disekeliling melainkan hanya Allaah yang maha besar
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
= wahai tuhan kami berilah pada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan dan lindungilah kami daripada 'azab api neraka
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
Categories:
