Angle cutter pulak

Man: 
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: 
وعليكم السلام 
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Man: Wak!
 
Wak: ايوه - aiwah = ye
 
Man: Saya teringat le. Yang saya ada simpan angle cutter lama. Dah rosak pun.
 
Wak: Maka?
 
Man: Sekarang baru saya terfikir . Apa kata. Saya tengok balik mesin tu! Boleh di repair melak!
 
Wak: Penyimpan barang buruk juga le engko ni ye?
 
Man: Hohoho... Merry Xmas!
 
Wak: Apa yang engko dah buat setakat ini?
 
Man: Saya dah tengok carbon brushnya. Nampak OK. Ada contact pun dia ni pada besi yang berpusing tu.
 
 
Wak: Commutator.
 
Man: Makna commute. Bukan ke. Pergi-balik berulang2 sampai tak kesudah?
 
Wak: Ye. Entah amacam le. Perkataan tu boleh terpilih. Pelik.... Kemudian. Apa engko dah engko buat?
 
Man: Kemudian. Saya periksa pula batang besi yang berpusing tu. Ok je. Tak nampak terbako pun. 
 
Wak: Orang panggil dia tu. Armature.
 
Man: Kemudian saya tengok pulak pada kedua2 coil yang membendung armature tu. Cantik je. Tak terbako pun. Ada  pula continuty pada wire2-nya. Maka pelik le saya tak kesudahan. Apa le salahnya mesin ini?
 
Wak: Hmmm.... Field coil. Yang aku ingat. Ada 2 biji.
 
Man: Ya.
 
Wak: Kata le satu belah kanan. Dan satu lagi belah kiri. Kata le yang kanan. Datang dari switch mesin tu. Dan yang kiri datang terus dari power ac pulak.
 
Man: Betul.
 
Wak: Kata le yang hujung sebelah kanan pergi brush. Gitu juga hujung sebelah kiri pergi ke brush yang satu lagi.
 
Man: Memang.
 
Wak: Yang engko dah check semua benda dalam mesin tu aja kan?
 
Man: Ye.
 
Wak: Engko check tak wire dari 3-pin plug sampai ke dalam mesin tu?
 
Man: Le! Nampak cantik lagi le wak?
 
Wak: Sebab dalam mesin habis dah engko tengok. Kali ini dari mesin keluo pulak le!
 
Man: Hohoho. Merry x.... Saya tak buat pun wak.
 
Wak: Oh cuba le engko check dulu.
 
Man: Aduuuuh wak!
 
Wak: Kena habiskan semua posibilities le
 
Man: Baik!
 
Wak: Kalo gitu.... 
 
إلى اللقاء
- selamat bertemu lagi
 
استغفر الله العظيم
- aku berlindung pada Allah yang agung
 
لا حول ولا قوة الا بالله العظيم
- tiada sekeliling dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang besar
 
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 
Ya tuhan kami berilah kami didunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan simpangkanlah kami dari azab api neraka
 
والله أعلم
Allah yang paling mengetahui
Categories: