Bateri kereta
Submitted by tokchuk on Tue, 11/06/2012 - 08:03
Bismillah
Kita sudah tahu bahawa bateri itu:
- bekalan kuasa eletrik
- boleh dibawa kemana2: mudah alih/portable
- dia ada volt
- dia ada amp [current/arus]
- formula power/kuasa:
watt = volt x amp [arus/current]
Tapi bila kita tengok pada bateri kereta, mana ada tulis WATT!
Cari punya cari cuma nampak ditulis 40AH, contohnya!
- A itu amp.
- H itu hour.
Jadi apa makna, katakan: 40AH?
Secara ringkas: makna 40AH ialah:
bateri ini akan memberi arus 40amp terus menerus selama 1jam sahaja. Selepas itu sorrylah. Habis sudah arusnya!
Ingatan:
Bateri ini juga adalah bateri yang berkuasa:
12volt x 40amp = 480watt!
40amp itu juga adalah arus maksimun yang disyorkan disedut secara berterusan. Sekali sekala sedut lebih dari 40amp tidak mengapa.
OK! sebenarnya kita juga boleh kata seperti ini:
1jam = 40amp
x jam = 40/1 amp
a] kalau 2 jam?
1 jam = 40/1 amp
x jam = 40/x amp
2jam = 40/2 amp!
2jam = 20amp
Jadi! Sedut arus setakat 20amp sahaja. Maka bolehlah pakai bateri ini selama 2 jam.
b] kalau 4jam?
x jam = 40/x amp
4jam = 40/4amp
4jam = 10amp
Sedutlah setakat 10amp, maka bertahanlah bateri ini selama 4jam.
c] untuk semalaman iaitu 12jam?
x jam = 40/x amp
12jam = 40/12 amp
12jam = 3.3amp
Hadkan kita cuma sedut 3.3amp sahaja.
wallahua'lam
Categories:
