Bahasa arab - persediaan awal - 5. style arab membaca dan bercakap
Submitted by tokchuk on Thu, 08/06/2020 - 19:28
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Ok! Daripada apa yang kita telah bincangkan setakat ini.
Kita dah jumpa 1:
ا ي و
adalah pemanjang bunyi huruf asal yang berada pada bunyi -a -i -u
seperti:
بَا - ba alif diatas baa
بِي - ba ya dibawah bii
بُو - ba wau didepan buu
= baa bii buu
Tengok baik2 ye. Seperti tadi kita ada:
Baris atas dikawankan dengan alif. maka bunyinya bertambah panjang baa
Baris bawah berkawan dengan ya. Bertambah panjang le bii
Baris depan berjumpa wau - buu
Man: Ok. Pemanjang bunyi.
ا ي و berkawan dengan huruf yang awalnya berbunyi -a -i -u. Iaitu:
Baris atas kawannya alif
Baris bawah disambut dengan ya
Baris depan berganding dengan wau
seperti:
تَا تِي تُو - taa tii tuu
senang ni wak. No hal punya.
Wak: Ye مَا فِي مُشْكِلَة - maa fii mushkilah = no problem.
Ok cuba baca ini: جَلَسَ
Man: جَلَسَ
jim diatas ja. bunyi pendek ni - ja
lam diatas la - la pendek
sin diatas sa - sa pendek
= jalasa:
- pendek2 bunyinya.
- Ringkas.
- dan mesti baca cepat2.
Wak: Ye. Gitu le! Sekarang cuba baca ini pulak: بسم الله الرحمن الرحيم
Man: Hah. Ini senang je wak! بسم الله الرحمن الرحيم
bis mil laa hir rah maa nir ra hii m
panjang pada: laa, maa, hii
Wak: Baik. Engko tengok baik2 pada "بسم الله الرحمن الرحيم" tu.
Sebaik2nya elakkan baca macam budak2 baru belajo mengaji:
bismilaah berhenti hirrahmaan berhenti nirrahiim habis.
Sebaiknya,
- Baca dengan satu nafas.
- Terus menerus.
- Macam bersambung2 pulak.
- Jangan sebiji2,
Ingat. Ini pentingnya bila kita ngaji iyer.
Kadang2 masa kita bercakap pun kena ikut stail macam kita mengaji ini juga.
- Mana yang boleh. Sebut satu nafas. Terus menerus jer.
- Tapi kalo tak cukup nafas. Dah kena cari mana penamat perkataan. Dan matikan huruf terakhirnya
Man: Hohoho..بسم الله الرحمن الرحيم
Mesti baca: bismillaahirrahmaanirrahiim
Ye pakai satu nafas sahaja.
- Jadi seumpama tulisan ruminya bersambung2. Pelik!
- Tak kenal mana satu perkataan asal yang sebiji2 tu.
Wak: Yer! Masa mula2 kita belajo ni. Kita masih tercari2. Manakah perkataan sebijik2nya yang betul untuk disebut.
Tapi bagi kita - yang ini kita dah biasa dengo dan dah boleh sebut senafas : بسم الله الرحمن الرحيم
Kita rasa2nya dah boleh teka. Manakah satu2 perkataan baginya.
Mungkin kah:
بسم - ini satu perkataan entah!
الله - ini memang satu perkataan pasal nama Allaah ni
الرحمن - ini pun nama Allaah lagi satu
الرحيم - ini lagi satu nama Allaah
Man: Haah. Ini yang payah tu wak. Nak menentukan dimanakah dia satu2 perkataan dalam satu ayat bahasa arab tu!
Wak: Haah. Kan aku dah kata:
Bahasa arab kan power.
Dalam kes بسم الله الرحمن الرحيم
Walaupun kita baca habis semua sekali gus. Satu nafas. Kita baru nampak dah sikit2 bayang2 satu2 perkataannya tu
Kita boleh rasa. بسم الله Ini. Setidak2nya dalam 2 perkataan. Eh! Sebetulnya ada 3 ketul disitu!
Kalo dia ni satu perkataan maka arab mesti akan tulis macam بسمالله
mim dan alif bersambung. Tapi ingat. Ini cuma 2 ketul!
Kalo بسم الله الرحمن itu pulak dalam satu perkataan. Mungkin tulisannya jadi بسماللهالرحمن
Leh! pelik!
Gitu juga kalo بسم الله الرحمن الرحيم ditulis dalam satu perkataan.
Kenalah arab tulis semacam: بسماللهالرحمنالرحيم
Hah! Tak juling biji mata kita dibuatnya.
Man: Wah. Berat ler ini wak.
Wak: Tak apa. Kita merangkak sikit2 dulu. إن شاء الله
kemudian hari mungkin boleh dapat juga ni.
Man: Hohoho. Bila kita dah belajo nanti. Melak2 nampak ler kita dimanakah satu2 perkataannya tu iyer.
Maka bila kita membaca. Nanti boleh le kita menyebutnya secara bersambung2. Atau secara sebiji2. Mungkin.
Wak: Ye. Tapi kalo dapat. Bio kita menyebut semacam stail arab yang sebetulnya. Atau mirip2 arab sikit!
Ok. Setakat ini kita dah dapat:
Mula: ا ي و adalah pemanjang bunyi -a -i -u
Kedua: Cara menyebut kata2 arab. Mesti bersambung2 dari satu perkataan ke satu perkataan yang lain. Stail arab.
Ketiga: Berhenti pada satu2 perkataan - huruf akhirnya mesti dimatikan. Terutama bila mengaji.
Man: Ye!
1. ا ي و adalah pemanjang bunyi -a -i -u
2. dalam ayat - kata2 arab bunyi macam bersambung2 dah fe'el arab
3. Bila nak berhenti. Matikan baris huruf terakhir perkataan. Terutama bila mengaji.
Wak: Itu yang dikatakan bahasa arab tu high class.
Sebab.
Otak, mata, dan mulut kita kena jaga:
- mata kena awas! Terutama dalam quran. Bunyi satu2 perkataan dalam ayat mesti bersambung2
- bunyi ada yang pendek ada yang panjang bila timbul kes: ا ي و - bunyi mesti jadi panjang
- mana2 akhir huruf bagi satu2 perkatan. Kena ler dimatikan bila berhenti. Atau bila hendak ambil nafas.
Cukup le dulu ye!
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
Categories: