Yang berhasil ...
Submitted by tokchuk on Wed, 12/05/2012 - 10:40
Man: بسم الله
Wak: بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
Man: Wak! Saya terlalu le pada satu kawasan rumah tu. Ooo merah2 buah rambutannya. Tapi tak seorang pun ambil.
Wak: Bagusnya tuan rumah tu. Aku rasa gitu le, mari le kita sama2 tanam pokok2 buah nanti ada yang merasa
Man: Lepas itu saya terlalu pula pada satu kawasan sekolah. Keliling ada pokok menghijau. Cantik! Yang terfikir dalam hati saya, kenapa le pihak sekolah tak tanam pokok2 yang mendatangkan hasil. Jadi, bila berbuah je pokok2 tu, semua murid2 sekolah dapat merasa. Kalau ia pun cikgu pun sama2 boleh bawak balik rumah masing2 bagi anak2 makan hasil dari sekolah!
Wak: O. Cikgu tu mungkin tak mahu anak2 murid mereka jadi monkey!
Man: Apa le salahnya jadi monkey. Boleh makan buah2 dari sekolah! Janji free wak! Kan orang sekarang asyik nak free je!
Wak: Ooo.
Man: Lagi pun saya masih teringat, tak lama dulu, saya perhatikan ada seorang guru besar tu suka galakkan tukang kebunnya tanam menanam apa sahaja yang boleh dimakan. Mana2 ada tanah yang terbio dalam kawasan sekolah habis ditanamnya. Yang bestnya dia pun sama menanam. Bila ada hasil sama2 le semua dapat hasilnya. Untuk yang ada hati dibuatnya kumpulan sama2 le bekerja lepas sekolah. Maka ada le guru2 yang rajin tenggelam timbul le. Yang murid2 pun gitu juga.
Wak: Habis! Sekolah sekarang sekolah moden!
Man: Yang saya cerita itu sekolah moden le, wak! Pandangan cuma mendatang sedap mata je, tapi kalau boleh pula isi perut! Lagi baik 2 dalam satu ooo.
Wak: Oo. Aku setuju le dengan fikiran enko tu. Kalo gitu patut le diajarkan pada budak2 sekolah ni selain belajar sekolah belajar le bercucuk tanam yang berhasil. Kena mereka merasa bagaimana berusaha sendiri bila dah keluo dari sekolah nanti. Jadi marilah kita sama2 le kita memohon pada tuhan ... Ya allah jadikanlah kami ini kuat berusaha dalam segala bidang dan jadikanlah kami semua memberi pula apa2 hasil yang engkau berikan pada kami ....
والله اعلم
Categories:
