Nak untung yang macam mana ...

Man:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Wak:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
 
Man: Wak! Saya terpergi ke sebuah kantin dipejabat kerajaan diPutera Jaya baru2 ini. 
Wak: Ok...
 
Man: Waktu tu dah dekat 11.30pagi. Makanan dikantin tu pun dah tinggal sisa2 nasi goreng, soto, nasi empet dan yang heavy2. Harga mesti best punya.
Sambil saya minta teh saya bertanya pada tokey kantin tu, tak ada ke roti canai ke atau makanan yang ringan2? Wak tau apa dia kata, diwaktu tu yang tinggal dikantinnya tu dia dan seorang pembantunya sahaja.
Wak: Mungkin tak begitu laris tak?
 
Man: Dia kata bukan tak buat makanan ringan. Dulu dia pernah cuba jual lemping. Modal baru 40sen sekeping. Boleh jual seringgit sekeping. Buat dekat seratus. Licin. Tapi dia kata tak untung! Sebab lepas itu orang dah tak mahu makan nasi lagi.
Wak: Ek! Dah dapat 60sen. Kalau 100 dah 60ringgit. Kata lagi tak untung! Habis orang minum teh sambil tu. Mungkin lagi 60ringgit. Dah 120ringgit. Senang2 dapat. Itu sebelah pagi! Tengah hari, petang!
 
Man: Entahlah! Apa le yang difikirkannya. Untung yang macam mana yang dia nak ni?
Wak: Aku pun terkilan juga pada orang yang macam ini. Bunyi macam tak bersyukur pada Allah. Nak dapat untung besar je ...
Ya Allah jadikanlah kaum kita ni orang yang sentiasa bersyukur kepada nikmatmu. Bukanlah yang hanya mementingkan keuntungan besar untuk diri sendiri sahaja. Ya Allah engkaulah segala2nya ...  
 
والله اعلم