Boikot mereka ... tapi banyak pulak helah mereka!
Submitted by tokchuk on Sun, 09/12/2021 - 09:59
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا - ahlan
Man: اهلًا بِك - ahlan bik - Yaa Wak!
Amacam ni wak!
Wak: Pasal?
Man: Sebelum ini. Menteri Ugama dulu. Ada Phd ooo.... Senyap sunyi tentang sembahyang Jumaat.
Naik menteri baru. Gitu juga. Tak asa hasil! Tak ada suara langsung!
Apa le pendirian pihak yang nak jaga ugama ni.
Tempat lain berpusu2 boleh bukak. Masjid! Masih juga sepi?
Wak: Mereka tak kuat drive!
Kan sembahyang tu tiang ugama. Sakit sampai macam mana pun. Tetap kena sembahyang juga. Sampai last2. Gerak dengan mata! Sampai hanya tinggal hati sahaja yang berkata2.
Kata kuat iman! Peringkat dewa2.
Man: Habis mereka tu memang tahu benda tu semua. Tapi dikeranakan. Asyik nak jaga perut aje. Nampaknya gitu le gayanya?
Wak: Kan dulu kita dah bincang. Kalo masjid dah penuh tak boleh tampong jemaah. Banyakkan tempat2 ibadat. Bukak merata2. Galakkan orang islam pergi. Berdoa. Akhir mesti Allah akan tolong!
Man: Konon jaga SOP sangat. Orang islamlah yang patuh ikut perintah. Konon islamlah yang kuat jaga kesejahtera umatnya. Kepala lutut!
Wan: Mana lebih kuat? Kuat kuasa tuhan ke. Atau kuat kuasa orang yang menasihatkan -mesti ikut SOP- Melak2nya orang2 tu tak sembahyang ke? Atau kalo sembahyang pun. Sembahyang tak memberi bekas. Hingga iblis dan setan boleh menghasut mereka. Kerana nak menjerumuskan kita kedalam neraka agaknya?
Man: Mulai dari sekarang rakyat kena ambil peduli!
Wak: Apa dia?
Man: Masa pilihanraya nanti. Cari mana2 menteri ugama sekarang kalo mereka masuk bertanding. Jangan sesekali pangkat dia.
Atau yang paling baiknya. Semua menteri yan terbabit dengan kerajaan PN atau yang dalam kerajaan sekarang. Jangan pangkat mereka langsung. Bio hilang duit pertaruhan mereka. Itu balasan rakyat pada mereka yang khianat!
Wak: Rakyat mesti sedar. Orang2 yang tak boleh pakai jangan diangkat walau apa pun sogokan atau rasuah yang diberi.
Man: Tapi wak! Mesti le menteri2 akan bertanding dikawasan kampong mereka. Mesti lah orang kampong akan pangkat dia juga. Pasal orang kampung. Mesti nak naikkan orang mereka juga. Nak kembang. Nak membeso diri.
Wak: Kalo dah gitu. Maka tak dapat le kita nak buat amacam. Hanya yang boleh. Tadah tangan mohon pertolongan Allah aje le nampaknya!
إنا لله وإنا إليه راجعون - innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun
- sesungguhnya kami dari Allaah dan sesungguhnya kembali kami kepadanya
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Categories:
