Bahasa Arab Persediaan awal 123 - mengenal "bi" 

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

بسم الله - bismillaah = dengan / nama Allaah

و - wa = dan 

بِــ - bi = dengan

إذْن الله - izin allaah =  izin Allaah

dapat lagi kita bertemu sekali lagi!

طيب - tayib = OK!

Semalam. Kita dah cuba cari beberapa perkataan dalam quran. Maka. Dapat le kita kenal beberapa perkataan yang kita dah tahu. و - wa [dan] juga perkataan yang kita rasa2 tahu maknanya!

Amacam rasa. Engko? 
Boleh ke engko kenal perkataan2 yang kita dah kenal و - wa [dan] yang dah tahu maknanya?

Man: Eleh wak! Baru berapa biji perkataan je wak. Masih banyak lagi yang tak tahu. Jadi masih tak faham juga saya. Bila baca quran tu.

Wak: Memang le. Engko. Buat masa ini. Target kita ialah:

- kita cuma tebuk sana sini:
- بِــ - bi [dengan] harapan 
- boleh tak kita faham satu dua perkataan?
- kemudian. Kita cuba tambah sikit2 lagi. Dalam sepanjang masa ini
- maka harap2. Dapat le kita pahala. Kerana menuntut pelajaran sampai mati...

Tak gitu?

Man: Hmmm.... نَعَم - na'am [iye] wak

Wak: Hari ini. Aku rasa mari kita cuba sekali lagi. Cuba tengok ini:

akhirat
wa bil aakhirati hum yuuqinuun

حسنًا - hasanan [baik]
Cuba cari apa yang engko boleh jumpa dan faham.

Man: Aduh.....

aakhirah
wa bil aakhirati hum yuuqinuun

hmmm.....

و - wa = dan

بِــ - bi = dengan

الأخرة - al aakhirat .... akhirat ke ni wak?

... lepas tu. Habis. Buta wak!

Wak: نَعَم - na'am [iye]

Dari mula sampai ke - akhirat. Hah! Yang itu engko betul. Cuma tinggal yang perkataan terakhir!

حسنًا - hasanan [baik]. Aku tambah ye!

 

هُم - hum = mereka

يُوْقِنُوْن - yuuqinuun = mereka yakin

 

Sekarang cuba engko susun sebiji2!

Man: حسنًا - hasanan [baik]

و - wa = dan

بِــ - bi = dengan

الأخرة - al aakhirat = the akhirat

هُم - hum = mereka

يُوْقِنُوْن - yuuqinuun = mereka yakin

dan dengan the akhirat mereka semua yakin

Wak: Kan! Walaupun kita masih handicap. Kita dapat juga cuba2 memahami ayat dalam quran tu. Dapat sikit tu pun dah kira baik yang amat sangat. Tak le kita buta langsung ni kan?

Man: Hmmm.... mudah2 Allaah tolong kita wak!

Wak: نَعَم - na'am [iye]

Dari ayat quran itu tadi. Moga2 kita termasuk dalam gulungan orang2 yang diceritakan. Maknanya:
- bila kita mengharapkan akhirat
- hendak le kita berbuat baik sepanjang hidup
- tak menipu
- tak ambik kesempatan
- tak membesokan kepala
- kalo dapat selalu le cari keredhaan Allah

بِــ - bi [dengan] yang demikian. Cukup le untuk hari ini ye!

Cuba le engko renung2kan 

و - wa [dan] kita jumpa lagi esok - ghadan -  غدا aje le

Man: حسنًا - hasanan wak!

Wak: إن شاء الله - 
Jika Allaah mengkehendaki
- kita jumpa lagi !

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye

3/2/22
https://dinobytes.info/v2/content/bahasa-arab-persediaan-awal-himpunan-s...

Categories: