Bahasa Arab Persediaan awal 139 - nama2 hari dan nombor!

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

بِسْمِ الله و بِإِذْنِ الله
- bismillaah wa bi izinillaah
- dengan nama Allah dan dengan izin Allah

الحمدلله - alhamdulillah - segala puji bagi allah
dapat lagi kita bertemu semula ye!

Man: نعم [na'am - iye] wak

Wak: طيب [tayib - ok]!

Aku dah cakap nama2 hari ialah:

أحد - ahad

إثنَين - ithnain

ثلاثاء - thulathaak

dan seterus

Tapi aku kata baik refer pada video berikut supaya nampak standard!


Man: Hohoho. Dah pun tengok wak!

Wak: Kemudian kita dapati nama2 hari dan nombor ada sedikit persamaan!

Check video berikut ini pulak!

Man: Laa.... Nombor2. Banyak yang dah lupa wak!

Wak: Memang! 

Hidup memang penuh dengan lupa. 

Itu sebab kita ni:
- Bila disogok sikit aje -
- dah berbalik main pangkah muka2 itu. 
- Pada hal mereka tu cuma nak boncitkan perut masing2 je. 
- Ada ke dia peduli kita ni kebulur ke tidak?
- ada ke dia nak anya khabar kita? Ada ke yang sakit2, batok2, sakit tekak.... dan sebagainya...
- batang hidung pun tak nampak!

Man: Pasal apa wak marah ni wak? "Nanti kena jual...."

Wak: Memang! Dah kena main pun....!

Baik2. Berbalik pada sekolah!

Entah2.... ini pun aku dah sebut dulu tak?

Man: لا بأس [la baas] Tak apa wak. Ulang sikit2 mungkin boleh ingat kembali benda yang dah lepas!

Wak: Gini.

Bila aku kata: basikal

Arab kata:  دَرَّاجَة - darraajah
sebetulnya maknya : a bicycle

Jadi tak usah cakap :

واحِد دَرَّاجَة - waahid darraajah
cukup dengan menyebut sahaja:

دَرَّاجَة - darrajah
- a bicycle
- sebuah basikal

Jadi cuba cakap arab:

It is a bicycle

Man: Hahaha..... Basikal = دَرَّاجَة - darrajah
dah maknanya : sebuah basikal

kalo: It is a bicycle

jadi: هي دَرَّاجَة - hiya darraajah
- it is a bicycle
- "it" merefer pada benda betina - "hiya"

Wak: Baik! Kita berenti dulu. Kita sambung aje غدا / بكرا [ghadan / bukra - esok] ok?

Man: إن شاء الله - inshaa allaah

Wak: حسنًا - hasanan

إن شاء الله - ins shaa allaah
Jika Allaah mengkehendaki

- kita jumpa lagi غدا - ghadan

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye

21/3/22
https://dinobytes.info/v2/content/bahasa-arab-persediaan-awal-himpunan-s...

Categories: