Komputer 5
Submitted by tokchuk on Thu, 05/23/2013 - 18:58
سم الله الرحمن الرحيم
Komputer 5
Sistem binary 3
Untuk kesimpulan, perhatikan rajah dibawah ini

Rajah ini bolehlah dijadikan peringatan bagi kita:
# Rajah ini menerangkan, apabila kita ada deretan nombor binary, setiap bit ada nilainya.
Contoh 1
Jika kita mahu tahu nilai b3
1. Guna formula 2kuasa3 = 2 x 2 x 2
= 8
2. Atau kalau kita sudah tahu nila b2 = 4, kalikan 4 dengan 2 = 8
3. Atau tulislah deretan seperti rajah diatas dengan dikalikan dengan 2 berkali2 dari b0.
Contoh 2
Jika kita ditanya; 'address bus' ada 4bit, berapakah jumlah nombor yang boleh ditujuinya?
Jawabnya:
1. deretkan nilai bit seperti rajah diatas.
2. Nilai bit disebelah kiri adalah 2 kali ganda daripada bit sebelah kanannya
3. Oleh sebab rajah diatas hanya empat bit, sekarang tambah 1 bit lagi. Maka b5 = 16
4. Dan begitulah jawapannya iaitu 16!
الله اعلم
Categories:
