sendiri kena - sendiri tanggung!
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome] Yaa Wak!
Wak: نعم [na'am - iye]
Raya dah tak berapa hari lagi engko. Rasanya hari Selasa ini.
Man: Iye wak. Gitu le nampaknya wak!
Kali ini:
- Nampaknya manusia tak kira bangsa.
- nak raya keling habis2an
- maklum le.
-dah didikeler - endemik
Wak: Kes korona dah ok le tu!
Man: Tak mananya wak. Masih sekitar 5K.
Wak: Masa 1 April dulu. Berapa kes hah engko?
Man: Pada masa itu masih sekitar 20K. Tapi sekarang dah sekitar 5K.
Wak: Entah. Kalo ikut fahaman aku. Kalo dah penyakit biasa. Patutnya satu dua je yang kena! Tapi betul ke data yang engko dapat tu?
Man: Bila dikata je - endemik. Maka:
- siapa le yang nak peduli pada Mysejahtera
- siapa le yang peduli nak repot Kementerian Kesihatan.
- Melaknya Kementerian pun dah ambik kerja sambil lewa aje.
Wak: Hmmm....
Bila semua orang mula merayau ke sana kemari. Patutnya kes akan naik.
Man: Itu yang kita boleh jangkakan. Tapi kalo orang ramai pun dah tak ambik peduli.
- Kerajaan pun tambah2 suka le agaknya.
- kalo kena jangkit. Diam2 - tanggung sendiri
- ubat mana ada!
- bila tak teruk sangat dsampai tak tertahan - hah pergi le ke hospital
- hospital nak dikeleh kovit ke tidak - ikut suka mereka le
Wak: Nak jadi apa ni?
Man: Memang dah jadi. Nak kata apa. Tunggu je le Allah yang buat keputusan kemudian!
Wak: Maksud engko.
Man: Orang dah merentas ke sana kemari.
- Kalo sorang dah ada kuman. Yang lain mesti menjangkit.
- dari satu ke dua
- dan sampai le kemana2 ler
Wak: Tadi Engko juga kata orang pun dah tak nak repot.
Man: Iye. Tanggung sendiri le.
- mana yang dah betul2 teruk pergi le ke hospital
- tapi kalo banyak cekadak.
- diam2 je le.
- mati tanam
- rekod tak ada le pada kementerian!
- maka kerajaan pun megah!
- "kita dah bebas dari penyakit! Kita dah berjaya! Nak buat apa pun. Buat le. Sendiri dapat. Sendiri tanggung!"
Wak: Iye!
نعوذ بالله من ذلك
- na'uuzu billaah min zaalik
استغفر الله - astaghfirullah
- aku bermohon ampun dari Allah
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
1/5/22
