Bahasa arab - Teroka 24

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

بِسْمِ الله و بِإِذْنِهِ
[bismillaah wa bi iznih = dengan nama Allaah dan dengan izinnya]

Aku ada sebut. Bahawa -nominal sentence- atau arab kata: جملة اسمية [jumlah ismiyyah] 
- boleh dibina dengan dua perkataan sahaja. 
- dua2 perkataan itu adalah dari jenis noun atau arab kata -isim- 
- disinilah sebabnya nama -jumlah ismiyyah- itu terbit.
- Yaitu pasal ada -isim- diawal ayat yang kita namakan juga sebagai -subjek-
- prediket pada masa ini. Cuma kita tumpukan dulu pada perkataan dari jenis noun atau -isim- 

keldai

حِمار [himaar]

ذلِك حِمار [zaalika himaar]
- itu keldai

Man: Ayat - nominal sentence - atau جملة اسمية [jumlah ismiyyah]
- mesti bermula dengan definite noun semalam wak yang kata kan?

Baik wak. Biar saya guna perkataan yang baru wak beri : حِمار [himaar - a donkey]

ما ذلِك؟ [maa zaalika?]
- what is that?
- apa itu?

ذلِك حِمار [zaalika himaar]
- that is a donkey
- itu keldai

أذلِك حِمار؟ [azaalika himaar?]
- is that a donkey
- itu keldai?

نعم [na 'am]
- yes
- iyer

Wak: Baik! Aku bagi engko satu lagi binatang: قِطّ [qitt]

kit

هذا قِطّ [ haazaa qitt]
Jalan! Sambung dengan apa ayat yang engko boleh buat!

Man: ما هذا؟  [maa haazaa?]
- what is this?
- apa ini?

هذا قِطّ [ haazaa qitt]

- haazaa qitt / this is a cat / ini kucing

أهذا قِطّ؟ [ahaaza qitt]
- is this a cat? / ini kucing kah?

نعم [na 'am]

أهذا حمار؟ لا هذا قِطّ [ahaaza himaar? laa. haazaa qitt!]

Jap wak. Dalam : هذا قِطّ [ haazaa qitt]

- subjek yang dikatakan definite noun disini adalah : هذا [haazaa]

- kalo kita pakai : ذلِك [zaalika] Ini pun boleh juga
- kerana kedua2nya sama2 rank. Ia adalah jenis definite noun by default

kemudian prediket : sama ada حمار [himaar] atau قِطّ [qitt]
- kedua2nya adalah indefinite noun

Wak: Hohoho nampaknya dah paham engko!

Man: Main redah ajer wak. Pasal saya rasa nak cepat sikit. Boleh kita berpindah kebahagian seterusnya.

Wak: Apa2 pun! Tak payah ler engko nak terkejo2 sangat. Pelahan2 ler sikit.

Man: Baik wak.

Wak: Mmmmm.......! Takpe ler. Kalo gitu kita berenti ler dulu. Sambung غدا [ghadan - esok] ajer iyer?

Man: Iyer wak! شكرا mak

Wak: عفوا [afwan]

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye

24/9/22
https://dinobytes.info/v2/content/himpunan-bahasa-arab-baru-terokabahasa...

Categories: