Bahasa arab - Teroka 25
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
بِسْمِ الله و بِإِذْنِهِ
[bismillaah wa bi iznih = dengan nama Allaah dan dengan izinnya]
Setakat ini kita dah tahu :
ما، من، هذا، ذلك، أ، نعم، لا
Baik. Sekarang aku bagi engko dua biji gambo. Kemudian engko buat تمرين [tamriin] yang mengandungi perkataan2 yang berderet tersebut.
Gambo pertama:
فلاح [falaah = a farmer / petani]
Gambo kedua:
بيت [bayit = rumah / a house]
Baik. Jalan!
Man: Pakai فلاح [falaah]
من هذا؟ هذا فلاح
- man haazaa? haazaa falaah
- who is this. this is a farmer
- siapa ini? ini petani
أهذا فلاح؟ نعم
- ahaazaa falaah? na'am
- is this a farmer? yes
- petanikah ini? iya
Kata ler dijauh sana ada seorang Ustaz.
أهذا أستاذ؟ لا. هذا فلاح وذلك أستاذ
- ahaazaa ustaaz? laa. haazaa falaah. wa zaalika ustaaz
- is this an ustaz? no. this is a farmer. and that is an ustaz
- ini ustaz ker? tak. ini petani. dan itu ustaz
Adeeeh! Sekarang pakai ما [maa] dengan [بيت [bayit] = a house]
ما هذا؟ هذا بيت أهذا بيت؟ نعم
- maa haazaa? haazaa bayit. ahaazaa bayit? na'am
- what is this? this is a house. is this a house? yes
- apa ini? ini rumah. adakah ini rumah? iye
Kali ini. Kata ler dijauh sana ada sebiji masjid.
أهذا مسجد؟ لا. هذا بيت وذلك مسجد
- ahaazaa masjid? laa. haazaa bayit. wa zaalika masjid
- is this a masjid? no. this is a house. and that is a masjid
Hohoho. Penat wak!
Yang penting sekarang ialah:
هذا [haazaa = ini]
ذلك [zaalika = itu]
kemudian:
ما [maa] pertanyaan yang terarah pada benda
من [man] ini khas untuk manusia
خلص [khalas]
Wak: Iyer. Kita berenti dulu. Sambung غدا [ghadan = esok] iyer!
Man: Iyer wak! شكرا wak
Wak: عفوا [afwan]
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye
1/10/22
https://dinobytes.info/v2/content/himpunan-bahasa-arab-baru-terokabahasa...
