Bahasa arab - 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Belajar bahasa arab 1
Sambil2 mengadap PC ni. Mari kita cari bahan2 yang berkaitan dengan Bahasa Arab. Sekurang2nya nanti - mungkin kita akan boleh faham sikit2 tentang Bahasa Arab tu.
Ok! Buat pendahuluan. Mari kita kaji sedikit tentangnya.
Adalah dikatakan bahawa - ayat bahasa arab hanya mengandungi 3 jenis perkataan sahaja. Iaitu:
1. اِسْمٌ Isim - [noun / kata nama]
2. فِعْلٌ fi'il - [verb / kata kerja -perbuatan]
3. حَرْفٌ harf - [sendikata / preposition / particle]
S1. Apasal - kalo ikutkan yang diatas tu - arab tulis dengan bunyi [ismun] اِسْمٌ tapi ruminya pula - hanya ditulis "isim" je?
J1. Kalau ikut ustaz2 Malaysia - dia akan kata:
- "Ooo - ini kita kena sebut sepenuhnya. Macam bahasa baku...."
Tapi sebetulnya kalau arab bercakap putus2. Yaitu : 1 kalimah demi 1 kalimah. Biasanya - dimatikan huruf akhir. Dah standard macam tu. Habis - apabila membaca alquran - huruf last sekali mesti dimatikan - bukan? Ok. Ini cuma untuk diambil ingat aje ler.
اِسْمٌ
Isim tu noun/kata nama
فِعْلٌ
Fi'il tu perbuatan/verb. Asalnya perkataan/kalimah ini panjangnya sekurang2 tiga huruf
حَرْفٌ
Harf itu pula preposition/particle atau sendikata atau entah? Tapi rasa2nya, kata/kalimah ini boleh terdiri dari 1 huruf. 2 huruf atau lebih.
Kesimpulan:
Jika kalimah itu berjumlah:
- 1,2 huruf =- حَرْفٌ
- 3 huruf dan lebih = فِعْلٌ atau اِسْمٌ
والله اعلم
- Senarai kepada Himpunan - https://dinobytes.info/v2/content/bahasa-arab-10min-himpunanbahasa-arab
