menguit ler untuk hidup...
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ ahlan - welcome ]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you -too ] Yaa Wak!
Wak! Saya nak tanya sikit pada wak! Apa pendapat wak!
Wak: نعم [na'am] tentang apa tu iyer?
Man: Kadang kala - saya terasa sedihler wak!
Wak: Sedih lagi? Atas perkara apa tu hah?
Man: Kadang. Bila saya terpergi ke masjid cantek. Lantas saya terfikir dalam hati. Mewah betul masjid tu. Tapi dalam "keterpegunan" ada pula "kesedihan". Pasal - keadaannya "senyap".
Wak: Aduuuh..."keterpegunan" Bombastik giler ook! Kemudian ... apa tu - "kesedihan" - pasal "kesenyapan" ! Kan "senyap" tu boleh datang menenangkan hati bila kita nak beribadat disitu. Tak ler mengelabah hati kerana ada "kesibukan" atau mungkin ada "hiruk pikuk"
Man: Bukan maksud saya - mesti ada orang ramai berkeliaran tak tentu pasal. Membuat onak yang bukan2. Tapi yang fikirkan adalah - bioler ada suasana beraktiviti yang berguna. Yang bermanfaat. Yang membuat berkat. Yang mendatangkan rahmat.
Wak: Tak faham!
Man: Maksud saya gini wak! Kalo masjid itu cantek. Dalam hati saya terfikir : mesti masjid ini mewah. Kalo tak - amacam boleh cantek molek. Dengan keadaan yang ... ok!
Wak: Maka?
Man: Maka pihak masjid - kenaler ada orang2nya yang membuat kerja2 atau aktiviti seperti:
- ada yang membersihkan kawasan
- ada yang buat maintenace
- ada pula ustaz2 yang mengajo benda2 yang berguna
- kalo pun tak ramai pengikutnya
- tapi jangan buat bising yang tak tentu pasal - bio beradab
- supaya tak menganggu orang lain yang datang untuk nak beribadat
Wak: Hmmm... bila ada aktiviti - nampakler kemeriahannya - bukan?
- adaler menunjukkan sikit telah datang berkat dan rahmat dari Allah
Man: Kerana pada saya - kalo masjid itu mewah. Tak salah kalo masjid ambil orang ramai untuk membantu dan memeimarahkan masjid dengan apa2 aktiviti pun.
Wak: Maknanya kena keluo duitler tu!
Man: Keluo duit kena memberi "pendapatan" atau "pekerjaan" pada orang lain - kan lebih utama lebih berkat. Dengan itu - semua umat islam ada sahaja sumber "pendapatan". Jangan biokan ada yang tak mampu nak hidup. Dan jangan biokan orang nak menadah tangan ajer - "Sahamam akhirat". Menguit ler. Ada ler sistem sikit. Apa kata wak?
Wak: Iyer - "sistem". Siapa yang lebih senang dari orang lain. Mak cubaler ingat orang lain. Cubaler kita bantu mereka2 yang kurang dalam kehidupan. Berikan mereka sama2 menguit. Daripada situler - baru diharapkan rezeki datang/ Bukan rezeki dengan amalan : "ini saham akhirat!" - mulut sajer berkata. Kederat tak begerak. Cuma nak harapkan "penghuluran". Tapi tak membantu mereka2 itu sama2 membanting tulang dan dapat rezeki yang diusahakan dengah tulang empat kerat.
Alah... fikir2kan ler. Beriler sesiapa yang patut dibantu dengan memberi sumber pekerjaan dan pendapatan. Jangan galakkan dengan hanya duduk menadah tangan. Ajor setiap orang sanggup membanting tulang....
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 230720
