سبحان الله

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!
Wak! Saya nak tanya sikit - satu perkara ajer pada wak. Ok ker wak?

Wak: تفضّل [tafaddal]

Man: Ini ada lagi cerita tentang : أصحاب الكهف [ashabul kahf = penghuni2 gua]

Wak: Leh! Engko nak tambahkan kontrovasi ker! Eleh - kalo nak cari pertelagahan - rentikan ler. Cuba ler cari apa2 pengajaran yang Allah nak tunjukkan daripada kisah itu!

Man: Memang wak! Ini ada data yang tak pun ustaz2 tu ceritakan!

Wak: Iyer! apa bendanya engko?

Man: Allah dah bagi sikit masalah matematik wak!

Wak: Matematik?

Man: Dalam kisah tersebut Allah ada kata penghuni gua tu tidor selama : 300 tahun dan ditambah 9 tahun. Boleh tak wak settlekan problem matematic ini wak?

Wak: Hmm... Kalo cerita ini - cerita yang datang dari pihak yang menggunakan kiraan pergerakan matahari - tahun masihi ker? Hah iyer ker? Maka : 300 tahun orang putih ler tu kan? Tapi bila kita rujuk pada perkiraan islam - kita gunakan sistem tahun bulan - bulan bukan solar! Maka mesti ler ada beza antara tahun solar dan tahun bulan.

Man: Leh! Tak faham wak!

Wak: Hah! Itu yang Allah suruh kita guna akal. Guna otak. Selidik. Apasal tak buat ker?

Man: Alamak - terkenyup saya wak! Kena sebijik! Malunya muka saya wak... Ustaz2 saya tak pernah cerita pun...

Wak: Gini jer ler - Perbezaan tahun masihi dengan tahun hijrah adalah 11 hari. Tahun hijrah short 11 hari.

Man: Hmmm... Tahun hijrah short 11 hari gitu wak? Maka tahun hijrah pendek ler tu!

Wak: Jadi 11 hari itu ler perbezaan hari pada tahun hijrah. Maka kalo orang masihi kata 300 hari. Orang hijrah mesti cakap berapa tahun?

Man: Maknanya tahun hijrah akan berlebih lagi ler tahunnya kan wak?

Wak: Haah! Jadi cuba engko kira - setiap tahun hijrah kita short 11 hari. Kalo 300 tahun berapa hari yang kita patut dapat?

Man: Hohohoh! 300 kali 11. Eleh - senang ni. Maka dapat ler 3300. 11 kali 3 jadi 33. Tokok jer 00 pada bontotnya. Gitu wak.

Wak: Haah - tahun hijrah dah berlebih 3,300 hari. Hah itu dah berapa tahun hijrah tu? Sedang tahun hijrah tetap 360 hari setiap tahun! Engko kira!

Man: 3,300 bahagi dengan 360hari - maka dapat ler ... jap calcutor dulu - otak dah tak jalan wak! Ohohoh... dapat 9.12 tahun wak. Ohohoh... geliga tu!

Wak: Hah apa yang geliga tu.

Man: Leh kan Allah dah kata "tambah ler 9!" Rupanya kalo nak cerita dalam tahun hijrah gitu ler matematiknya. Bengap juga rupa saya ni wak. Allah cakap gitu ajer. Rupanya sebiji - kelekup kena saya! Rupanya Allah cuma bagi clue ajer - terpulang ler pada kita nak cari pegertiannya! Baiknya Allah pada orang islam....

سبحان الله

Wak: Kan Allah itu رب العالمين
Mula2 lagi dalam faatihah Allah dah cakap! Cuma kita ajer yang .... entah!
 
لا حول ولا قوه الا بالله العظيم

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

Siri : 231028