Cerita harta pesaka
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] Yaa Wak!
Wak! Hari ini saya terdengo khubtah tentang zakat wak!
Wak: Ok. Bagus tu. Mudah2an engko faham ceritanya. Dan engko berusaha untuk membayo zakat. Pahala banyak tu.
Man: Maka dengan itu saya tertanya2 juga pun tentang binatang ni wak!
Wak: Tentang apanya tu hah?
Man: Gini wak. Baru2 ini. Tak semena2 saya telah mendapat harta pusaka yang tak dijangka. Ceritanya : saya nak bayo zakat amacam ni wak?
Wak: Iyer - nak bayo zakat. Baik hati engko. Mudah2an dapat berkat engko ni. Hmmmm.... Zakat ini berlaku dalam sistem islam. Dan dalam Islam - kita pakai tahun hijrah.
Soalan aku: Engko tahu ke bulan2 dalam tahun hijrah?
Man: Aduuuh... wak! Saya ni bebal tentang bulan2 hijrah ni wak! Tak pernah nak ambik tahu pun. Yang saya tahu puasa - bulan Ramadan. Raya - bulan Shawal. Raya Haji - ikut jer - saya pun tak tahu apa nama bulan itu. Maulid Nabi pun gitu - ikut jer ler... Orang sibuk. Saya pun ikut sibuk sama... Heheheh.
Wak: Kalo gitu لا بأس [laa baas = tak apa] Kita pakai ajer tahun masihi dulu yang kita dah pakai sekarang ni. Jadi kita kena buat begini :
Mula2 ambik tahu tentang syarat zakat. Syaratnya :
- duit pesaka itu mesti sudah terperam selama setahun hijrah dalam tangan kita
- rate bayaran zakatnya ialah : 2.5% - yaitu duit yang tinggal dalam tangan
Kes pertama - guna tahun Masihi
Kata ler pada 1 Jan 2023 dulu - kita dapat harta pesaka terpijak sebanyak RM100k: Jadi kita pun buat gini :
Harta pesaka = RM100k
Selepas setahun dalam tangan. Yang kena zakat adalah : 100k x 2.5% = RM2,500
Bila kena bayo ?
Kalo gunakan tahun masihi sepatutnya 1 Jan 2024 kita mesti keluokan zakat
- tapi ini isu dalam Islam ni. Maka kita kena jadikan tahun masihi setara seperti tahun hijrah pulak
- maka caranya :
- tolak 11 hari dari 1 Jan 2024
- kira ler ini - engko!
Man: Alamak! Saya lemah matematik ler wak. Amacam ni wak..... Tolong!
Wak: Eleh kira dengan tangan ler. Start 1 Jan, 31 Dis, 30 Dis .... sampai dapat 11 hari kebelakang. Hah kira engko!
Man: Baiiiik. Mmmmm .... 32 - 11 = 21. Oooo... 21 Dis 2013 tu kan wak!
Wak: Jap iyer! Dari 21 Dis iyer ker engko! Mmmm... : 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 1Jan. Ok 11 hari sebelum 1 Jan 2024
OK. Maka pada 21 Dis 2023 jatuh ler time untuk membayo zakat yang dah cukup setahun!
- maka - cepat2 ler engko berlari ke Pejabat zakat dan bayo RM2,500
Habis ler kes fasa pertama yaitu - period satu tahun dari 2023 - 2024
- tapi selepas diperbetulkan tahun mengikut tahun islam - kita kena selesaikan bayo pada 21 Dis 2023. Hohohoh - masih dalam tahun 2023 pun! Sebab - kan tahun hijrah itu pendek sikit dari tahun masihi!
Kemudian untuk fasa ke-2 yaitu tahun yang ke-2
- baru ler kita betul2 melangkah ke tahun 2024
- bila kah masanya yang kita kena bayo?
Man: Period tahun pertama kita dah bayo pada 21 Dis 2023
- untuk tahun ke-2 kita kena gostan 11 hari lagi
- 21 - 11 = 10
- hmmm.... 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21
- maka pada 10 Dis 2024
- kita kena bayo sekali lagi
- kira berapa banyaknya zakat kena keluokan : 100k - 2.5k = 9.7k
- 9.7k x 2.5% = RM2,425
Wak: Iyer gitu ler kita kena buat setiap tahun seterusnya - guna kadar tahun hijrah sampai duit tu susut habis... Heheheh
Kes Kedua guna betul2 tahun hijrah
Kalo kita pakai bulan hijrah kan senang cerita.
Katakan ler kita dapat harta pesaka pada : 1 Ramadan 1445 tahun ini
Kemudian lepas setahu kita mesti bayo pada :
- Tarikh : 1 Ramadan 1446
- Jumalah kena bayo : RM2,500
Untuk tahun ke-2
- Tarikh : 1 Ramadan 1447
- kena bayo : RM2,425
Dan begitu ler seterusnya sampai habis duit tersebut...
Man: Hohoho... nak tunggu berapa tahun tu baru habis duit tu wak?
Wak: Eleh! Guna ler excel engko. Tak payah fikir panjang pun!
Tapi aku nak bagi engko sikit cadangan yang lebih mudah.
Man: Apa cadangan wak?
Wak: 1. Katakan ler tadi engko dapat RM100k pada 1 Ramadan yang lepas
- sebelum sampai 1 Ramadan tahun depannya
- keesokan harinya sahaja - engko dah licinkan duit buat sedekah merata2
- malah pahala sedekah engko sedekahkan pulak pada semua arwah2 sedara mara engko
- Selepas setahun - nak bayo zakat apa lagi? Tapi engko dan semua arwah2 engko dah dapat habuan masing2
Atau:
2. Bila dapat jer RM100k pada 1 Ramadan dulu
- sedekah punya sedekah
- ada pulak berbaki : RM50k
- maka pada 1 Ramadan tahun depannya kena ler kita bayo berapa?
Man: Kira balik ler : 50K x 2.5% = RM1,250
Wak: Gitu ler ceritanya terus menerus sampai licin. Kesimpulan:
- guna tahun hijrah mudah
- selepas lat setahun berlalu
- berapa yang kena? Kira ler 2.5% dari baki dalam tangan
- kalo guna tahun masihi
- untuk tahun pertama dalam tahun masihi mesti tolak 11 hari
- berapa kena zakat?
- berapa yang ada dalam tangan
Gitu....
Man: Maknanya wak.
- kena zakat selepas setahun hijrah berlalu
- yang kena zakat adalah 2.5% dari baki dalam tangan
Yang selamat! - dapat2 jer duit harta pesaka! Sedekahkan keliling - pahala sedekahkan pada arwah2 keluarga kita. Jangan tinggalkan sesen pun. Selesai! Tak pening2. Tak ada peluang ler orang nak mengending.
Wak: Tapi - lain orang lain hati masing2 ... ouk. Ada orang yang nak kemut semuanya! Ada orang yang nak keluo sikit2. Ada orang yang nak buat modal entah apa2 pulak. Hah kalo nak buat modal entah apa2. Hah ini dah jadi cerita zakat lain pulak. Hasil dari modal entah apa2 pulak tu! Itu kes lain lagi.
خلص [khalas]
سبحان الله - maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
لا حول ولا قوه الا بالله العظيم
والله أكبر - wal laahu akbar
- Allah amat besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 231029
