untuk kebaikan - semua boleh buat punya ....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Selamat hari raya wak! Maaf zahir batin.

Wak: Aku pun gitu juga iyer! Maafkan aku banyak2. Halalkan aku - apa2 ler iyer. Tak tahu ler aku - boleh jumpa lagi ker tahun depan...

Man: Insya allaah wak! Saya pun gitu wak. Tak tahu ler - siapa ler yang akan pergi dulu - iyer wak! Apa2 pun saya nak tanya wak sikit - ok wak?

Wak: Iyer. Tanya ler - aku jawab mana yang aku tahu. Kalo aku tak tahu - terenti di situ ajer ler...

Man: Masa beraya2 ni. Saya terjumpa dengan seseorang.

Wak: Bunyi macam bukan engko yang beraya ni. Apasal?

Man: Saya rasa ler wak. Kali ini. Mungkin saya ni dah tak serancak raya yang lepas2. Dah tua ler tu - tak wak? Tapi ceritanya gini wak. Ada antara yang saya terjumpa berkata: ... sekolah ditempat dia tu sekarang. Dah mula kurang murid. Dulu ramai. Sekarang dah kurang. Budak2 dah tak ada. Maka ada kelas yang macam lengang ajer! Amacam tu wak? Apa fikir wak? 

Wak: Itu isu Pejabat Pelajaran ler yang patut ambik tindakan.

Man: Kalo murid kurang. Saya rasa - semacam nak kena tutup ler sekolah tu tak wak?

Wak: Pada aku ler. Solutionnya senang ajer. Jangan tutup sekolah. Tapi : 
- Kementerian cepat2 ler buat Darjah 1 sampai ke tingkatan. Primary ke secondary.
- Setiap darjah kan ada subjeknya tersendiri.
- maka jadikan satu darjah penuh dengan beberapa cikgu di situ

Man: Ini apa benda ni wak?
- Dalam Kementerian ada sekolah Darjah satu sampai atas pulak
- setiap darjah ada setiap cikgu mata pelajaran pun
Ooo... berapa banyak cikgu ada di Kementerian tu

Wak: Iyer. Banyak cikgu tu. Bermakna sekarang - dalam Kementerian dah siap ada darjah 1 sampai habis.
- darjah yang aku maksudkan itu - adalah studio TV
- maka dari darjah 1 sampai habis - dah berapa banyak studio TV tu - kira ler sendiri. Gitu juga berapa banyak cikgu tu? 

Man: Ooooo... kemeterian nak buat studio tv sekolah pulak... Ada sekolah yang berupa studio TV!

Wak: Iyer. Contohnya gini:
- Darjah 1 kan ada silibusnya yang telah ditetapkan
- Maka studio TV ini dibuka dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 tengah hari ker? macam sekolah betul.
- cikgu subjek akan bergilir2 masuk ikut jadual masing2
- mengajor lah cikgu2 tu ikut subjek masing2 dalam masa yang ditetapkan
- serupa semacam sekolah betul - tapi hanya cikgu sahaja tak ada murid
- dan yang pentingnya - siaran pelajaran ini diinternetkan keseluruh sekolah2 yang terjejas

Man: Amacam ni wak? Tak faham?

Wak: Kementerian bagi content ke sekolah2 yang jadi tumpuan
- seklolah tumpuan ialah:
- yang macam engko kata tadi
- murid dah tak ramai - mungkin tinggal 1 orang pun tak apa
- sebab tak nak bebankan cikgu kelas tu seorang yang mengajo berterusan dari datang sampai balik
- maka bio tv pulak ambik aleh atau ringankan beban cikgu kelas tu
- tapi tv hanya ambil aleh pada 3/4masa dari masa penuh subjek
- 1/4 masa lagi cikgu yang sebenar kena ambik aleh
- sebab - untuk dia pula memastikan murid dapat apa yang di ajo
Ada paham?

Man: Hmmmm.... Ada siaran tv di support oleh cikgu sekolah dimana2 sahaja mereka tu. Oooo... belajo jarak jauh!

Wak: Haah... gitu ler. Maka subjek yang tepat seperti kehendak kementeriasn akan sampai ke setiap sekolah yang berkehendak. Kemudian ia patut dibantu dengan cikgu yang hidup disekaolah dimana2 pun.

Man: Boleh jadi ker tu wak?

Wak: Apa yang tak boleh. Internet kan ada. Siaran boleh pergi terus ke sekolah2 yang kurang murid tadi.
- Kira2nya cikgu tak ler terbeban sangat pada semua subjek
- yang mungkin dia sendiri tak mahir.
- cuba fikirkan:
- cikgu darjah enam dihandle oleh seorang cikgu pasal murid tak ramai
- dia kena ajo bahasa melayu - ok ler tu - tak berat pasal dia pun melayu
- dia juga ajo bahasa inggeris - kalo dia pun merangkak - amacam? 
- dia ler juga ajor matematik - mungkin dia cuma pandai main calcutor - amacam?
- haaa kan problem
- kalo pelajaran tu datang dari studio tv kementerian
- mesti ler cikgu yang dipilih - pandai dan berpengalaman
- sedap kita nak belajo

Man: Hmmm... Tapi kalo sekolah tu duduk di kampung. Mana ada letrik. Mana ada internet. Mana ada TV beso?

Wak: Letrik, internet dan tv beso - itu perkara mudah kan. Kementerian boleh handle pun. No problem punya.

Man: Tapi kalo power failure ker. Internet putus ker. Tv rosak ker. Kan dah tergendal. Amacam?

Wak: Segala benda2 backup mesti ada. Kemudian setiap silibus bagi setiap subjek pun dah bertahun dah siap. Point2 yang penting pada setiap kelas pun dah siap dihantar lalu internet. Apa nak ditakutkan. No problem punya ler!

Man: Hmmm... macam ini cikgu yang ikut tv tu banyak yang relaks ler wak! 

Wak: Tak juga. Kalo cikgu tu tengok cikgu tv tu tak sedap ikut pendapat dia. Dia boleh ajo sendiri secara lebih effective kalo hendak. 

Man: Iyer... Ada cigku mahir2 dalam sekian2 benda. Maka tambah ler sendiri. Hmmm... boleh ler tu. Bebas pun...

Wak: Iyer - akhir2nya nanti kementerian akan tahu setidak2nya setiap murid dah dapat asas yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Hah - bila datang peperiksaan. Kemeterian boleh beri soalan untuk menilai pencapaian murid. Tak ada sebab ada yang tercicir subjek. In dah macam cerita standardised dah jadinya.

Man: Dah jadi macam factory - tak wak? Semua main ikut cara central. Semua kena programmed.

Wak: Habis! Tadi engko juga kata - sekolah dah jadi kecik. Pasal murid tak ada! Hah ini - pelajaran tetap berjalan dalam apa keadaan pun. Di mana saja - murid boleh dapatkan source pelajaran tu.

Man: Iyer wak. Bila murid sikit. Sedangkan sekolah mesti makan kawasan yang luas. Siap dengan padang untuk murid2 bermain bola. Tapi - orangnya ajer yang tak ada.

Wak: Eleh! Kawasan luas tu pun ok juga. Apa tak buatkan rumah untuk sekurang2nya cikgu2 dan kakitangan sekolah. Mereka yang macam clerk ker. Tukang cuci sekolah ker. Orang kantin ker. Dan sesiapa sajer yang terlibat dengan sekolah. Atau siapa yang akan membantu sekolah. Bio semuanya boleh duduk dalam kawasan sekolah. Atau - mungkin bukak pulak surau ker. Kemudian beri ler imam, bilal dan siak duduk dalam compound sekolah. Hah tak meriah nanti? 

Man: Banyak belanja tu wak. 

Wak: Gitu gini pun. Semua orang nak ilmu. Semua orang nak hidup. Apa salahnya beri ilmu tu. Nabi pun dah sebut. Cari ilmu dari beranak sampai mati. Haaaah ini kan dah ada tempat. Sama2 guna pakai ler. Tapi semua mesti beramanah. Jujur. Bantu membantu. Semua nak masuk shorga.

Man: Mudah2an Allah melorongam hati masing kepada yang baik2.

Wak: Iyer. Tugas kita - beri perhatian kepada sekelian manusia. Sebarkan ilmu. Sebarkan kebaikan. Sebarkan perintah Allah.

خلص

Man: شكرًا wak - jumpa lagi dilain masa!

Wak: عفوًا

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

240413