kalo tak sempat ....

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

Man: Selamat hari raya wak! Maaf zahir batin.

Wak: Engko masih beraya lagi ker?

Man: Raya sebulan wak! Mana ada Shawal sehari dua jer? Logik ler tu wak!

Wak: Eheheh! Mentang2 puasa sebulan. Raya pun ikut Shawal sebulan juga! Ingat! Shawal tu kan permulaan bulan2 haji!

Man: Dah Allah jadikan manusia suka bersenang2. Bersusah2 - memang dielakkan!

Wak: Puasa Shawal dah buat?

Man: Ada wak! Tapi tak habis lagi. Main lompat2.

Wak: Buat ler engko - jangan tak buat.

Man: Kata ler sampai habis bulan Shawal tak tercover juga puasa itu wak! Boleh tak saya sambung kebulan seterusnya - wak?

Wak: Yang dianjurkan - berpuasa dalam Shawal. 

Man: Maknanya - kita boleh ler berpuasa di bulan2 yang lain kan? Sebab - bila kita kerjakan kebaikan - kita dapat 10X pahala. Jadi kalau kita berpuasa - kita akan dapat 10X pahala. Atau kalo kita andaikan pahala puasa itu dalam hari. Maka 1 hari puasa dapat ler kita seumpama 10hari berpuasa. Dan kata ler saya tak tercover 6 hari dalam bulan Shawal - dan saya buat pulak dalam bulan2 lain. Tapi sebab nak cari lebihan pahala - sebab tak tercover semasa bulan Shawal. Maka saya cover ler berlebih2 dalam bulan lain. Kira macam denda!

Wak: Sunat Shawal tu memang dah disediakan. Tapi bila engko buat andaian engko tu.... memang pada mathsnya ada logiknya andaian itu. Tapi aku anjurkan - sambil2 itu berdoalah banyak2 - mudah2an Allah terima trick engko tu!

Man: Hohoho...

Wak: خلص

Man: شكرًا wak - jumpa lagi dilain masa!

Wak: عفوًا

استغفر الله العظيم

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah

سبحان الله
- maha suci Allah

والحمدلله
- pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah

والله أكبر
- Allah amat besar

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi

240423