masjid bagi power bank exchange - amacam

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]

السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

اهلًا [ahlan - welcome]
 
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome to you] wak!

Wak: نعم [na'am] اهلًا بِك [ahlan bik]

Man: Saya nak berbual sikit dengan wak! Boleh?

Wak: نعم [na'am] Tapi. Elakkan diri dari ber"bual kosong" boleh!

Man: Eleh wak ni.... Kalo dah namanya "berbual". Tak logik ler kalo berbual yang mesti ada substance sajer wak! Mesti ler terselit juga "bual kosong" wak! Kalo tak gitu - tak laku ler cerita P Ramli - kalo dry ajer - tak ada joke2nya wak! Tak ada tarikan!

Wak: Aku cuma nak ingatkan kita. Supaya kita - kadang2 kena juga limitkan yang joke2 tak bersopan tak mengatasi yang baik2.... Nak jaga tingkah laku kita. Kalo tingkah laku kita buruk. Maka tau ler orang - akan apakah posisi diri kita tu... Jauh maruwah

Man: Iyer wak! Sekarang ni - saya sajer nak berbual yang saya fikirkan - hendak membuatkan otak ni berfikir yang baik2 ajer - tak gitu wak!

Wak: Pendekkan cerita!

Man: Pendek cerita! Semalam saya ada kata - apa ler salahnya mesjid bari free internet pada semua orang yang masuk kawasan masjid
- mesti pun signalnya terlepas keluar dari kawasan pun - nak kawal wave amacam kan wak! Kuasa Allah!
- ke2 - nak tunjukkan yang masjid itu - suka melakukan kerja2 kebajikan yang memang digalakkan oleh islam
- ke3 - bila access free - maknanya tak ada dikenakan bayaran

Wak: نعم [na'am] free - tak payah bayo. Paki sampai tergolek! Tapi bila dah masuk masjid - hulur ler sikit.
- tunjukkan yang kita pun ada adab yang baik
- kebaikan mesti dibalas dengan kebaikan - bukan dibalas dengan durjana
- itu ajaran islam

Man: Maka dari cerita free! Saya pun terfikir lagi. Tak salah ler kalo orang yang bergayut dengan internet free tu diberi lagi - satu lagi khidmat free

Wak: Khidmat free?

Man: Dah ler berganyut dengan free internet. Mesti lama tu. Hah - mesti ler cepat habis bateri hand phone.
- jadi apa ler salahnya masjid bagi pula free charging

Wak: Dah internet free. Ditokok pula dengan free - charging hand phone. Esh esh esh...

Man: Eleh wak. Sikit ajer tu. Iyer ler - apa mesti masjid kena buat?
- pasang solar panels 
- bubuh ler bateri beso untuk power storage
- buat ajer point2 untuk charging hand phone dengan sistem tu
- mana ler nak guna elektrik masjid
- cuma power dari pemberian Allah dari matahari tu ajer

Wak: نعم [na'am] solar power pulak!

Man: Hah saya pun - nak cadangkan lagi sikit. 

Wak: نعم [na'am]

Man: Kalo masjid nak buat duit sikit pulak. Apa kata kalo masjid sediakan orang yang boleh tolong caskan hp yang tak sempat nak penuh!
- bagi ajer pinjam power bank
- mungkin kena cas sikit duit untuk cagaran supaya jangan masjid rugi
- atau mungkin juga buat skim - "pakai dan pulang balik free"
- atau guna sistem "tuko ganti" - letak yang dah nak habis cas - ambil yang fully charged dari masjid
- esok datang pulangkan yang habis cas - ambil baru yang dah penuh cas dari masjid

Wak: Wah! Pihak masjid mesti dah kena ada orang jaga hal ini pulak.

Man: HAh. Kena ler masjid sediakan. Habis amcam kita nak bagi semua orang islam ada kemampuan untuk sara hidup. Kena ler reka perkhidmatan yang seperti itu wak!

Wak: Masjid ada perkhidmatan:
- internet free
- ada sistem exchange power bank
- dan ada juga penjaga yang boleh menyara hidupnya pulak
Hmmmm boleh, boleh pakai tu kan.... 
Jadikan keutamaan untuk -kebajikan yang akan mendapat rahmah dan berkat Allah - kena kejar sebelum mati ni

خلص [khalas]

سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah

والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah

ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja

والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar

والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui

إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi

Siri : 240608