fotografi dengan handphone
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم [Kesejahteraan ke atas kamu] wak!
Wak: وعليكم السلام [Dan ke atas kamu juga keselamatan] - engko!
Man: Wak! Hari ini saya nak tanya wak sikit tentang perkara lain sikit dari apa yang kita dah borakkan selama ini!
Wak: Seperti biasa aku nak jawab mana yang aku reti ajer. Yang lain. Sorry!
Man: Baik! Apa kata wak, kalo kita ambik nak gambor pakai handphone memanjang. Apa komen wak!
Wak: Handphone. Ini sudah baik. Pasal handphone dan internet dah kamcing. Maka kita boleh ajer ambil gambor. Dan secepat itu. Kita boleh sharekan gambor tu dengan orang lain serta merta. Kan dah jadi mudah.
Man: Kalo kita baru saja nak berjinak2 dengan fotografi pun - amacam?
Wak: Iyer. Pasal handphone, fotografi dan internet dah semacam built-in. Hah itu ler kebaikan handphone. Maka - ambik jer gambor. Kemudian sharekan. Dan ambik ler pendapat orang lain. Sama ada gambor yang engko ambil tu menarik hati orang lain ker tidak. Itu sekurang2 step pertama dalam bidang fotografi.
Man: Iyer. Step Pertama:
- Ambik jer gambor dengan handphone
- sharekan dan tanyakan apa penerimaan orang lain
- dia suka atau tidak
- kaji dari segi apa ker yang mereka tertarik tu
Wak: Kalo rajin lagi :
- Buat ler sikit research amacam nak hasilkan gambor yang menarik pandangan mata kita dan orang lain!
Kadang2 kita boleh ajer cari pendapat orang2 yang dah berpengalaman dalam bidang fotografi dalam internet tu. Ada yang ok. Dan ada yang gitu2. Janji. Pada aku. Bila engko nak ambil gambor tu - engko masukkan idea engko sendiri sikit2. Tak ler kita patut kita copy habis2an cara orang lain. Bila kita tiru - macam kita ni tak ada personality - aku rasa gitu ler.
Man: Step kedua:
- belajor dari orang yang dah berpengalaman dari dalam internet
- copy mana2 yang patut
- tapi jangan terbawa2 atau terlalu taksub pada yang lain
- buat pembahruan cara sendiri - tapi biar menarik
Wak: Iyer. Mula2 - copy cara orang yang dah berpengelaman. Kemudian bina personality sendiri. Buat identiti sendiri.
Man: Tapi wak dari segi kualiti gambor - amacam dengan handphone ni wak.
Wak: Terpulang juga pada berapa pixels atau berapa bytes gambor yang keluar dari handphone tu.
Man: Saya dah ambil gambor ini dengan handphone. Kemudian saya dah comparekan dengan gambor yang dihasilkan oleh wassap!
Wak: Ok. Kemudian fail asal dan fail wassap berapa besor? Engko dah perhatikan?
Man: Pada fail asal besor failnya ialah: 8Mb wak. Sedangkan pada fail wassap dah turun sampai 4Mb.
Wak: Hmm... Wassap Ok ler tu. Ada engko print dari kedua2 hasilnya. Yang ori dan yang dari wassap
Man: Bila saya print kedua2nya. Nampak macam sama jer hasilnya wak! Malah bila saya crop kualitinya saya pandang sama ajer. Tak banyak beza.
Ini rupa gambor asal dan rupa gambor yang dah saya crop. Bila saya print - mata saya kata - ok jer
Wak: Hmmm... hasil print 4x6 ker itu?
Man: Iyer wak. Kedua2nya adalah hasil dari yang ori dan dari wassap - nampak2nya macam serupa jer. Kemudian saya cuba crop lagi rapat. Hasilnya:
Ini crop dari fail ori - hasilnya dah jatuh ke 216kb
Yang ini adalah hasil dari wassap. Failnya dah jatuh lagi teruk. Dah tinggal 20kb ajer.
Jadi kesimpulannya wak:
- Gambor ori dari handphone - kira2 boleh pakai pun. Sempat lagi kalo nak dicrop!
- Tapi kalo gambor dari wassap - failnya dah ler kecik dari ori
- apa tah lagi kalo dicrop
- kita akan nampak detailnya dah hilang - tak puas mata memandang!
Wak: Bukan tak puas apa. Tapi pixelnya dah bertambah besor. Maka detail pada gambor tu pun dah jadi blur.
Man: Oooo.... Untuk share gitu2. Maka gambor wassap tak ada apa2 nak di khuatirkan kan wak?
Wak: Tapi kalo nak simpan. Pixel gambor direct dari handphone tu yang ini lebih baik untuk disimpan. Gambir dari wassap - setakat tengok dalam handphone gitu jer ler! Nakkan kualiti amacam!
خلص
استغفر الله العظيم
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
241111
