Umrah DIY 2025 - 7 - Berapa Hari Nak Pergi?
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
اهلًا [ahlan - welcome]
Man: اهلًا بِك [ahlan bik - welcome] wak!
Wak: نعم [na'am] مرحبًا [marhaban]
Man: Nak tanya sikit wak?
Wak: Tanya apa?
Man: Dalam Umrah DIY ini wak. Wak rasa. Yang baiknya berapa harikah yang patut kita pergi tu wak?
Wak: Ini terpulanglah pada duit yang engko nak siapkan. Tapi apa2 pun aku rasa. Sependek2nya masa mungkin kira gini:
Madinah - engko duduk ler 3 hari. Perkiraannya begini:
Hari pertama
- Engko masuk Madinah sebelah malam selepas maghrib
- tengah malam lekas2 ler pergi ziarah Raudhah
Hari ke-2
- lepas sembahyang subuh di Masjid Nabawi pergi melawat keliling Madinah
- kemudian, lepas zohor sampai malam kalo nak membeli belah pergi ler
- kemudian, lepas isyak kemas semua barang2 siap nak keluo Madinah
Hari ke-3
- lepas sembahyang subuh lari kedepan sedekat2 pada makam nabi, buat ziarah selamat tinggal
- kemudian, lepas zohor terus keluo Madinah
Hari pertama
- masuk lepas maghrib
- sebelah malamnya buat umrah
Hari ke-2
- rehat dan luangkan masa untuk bersembahyang di Masjidil Haram
- celah2 itu hingga malam pergi ler shopping kalo mau
Hari ke-3
- lepas sembahyang subuh pergi ler ziarah seperti Arfah
- kalo terpergi Ja'ranah niatlah umrah sekali lagi
- kemudian kalo nak rehat dulu, ok
- pastikan selesaikan umrah jangan lewat dari sekitar maghrib/isyak
Hari ke-4
- boleh buat macam hari ke-2 dulu tu, rehat dan shopping
Hari ke-5
- tawaf wada biar tamat dekat2 zohor
- lepas sembahyang zohor balik ke hotel dan keluo dari Makkah
Hah gitu ler jadual yang padat. Jadi kira harinya:
1. Kalo masuk Makkah:
- kita ada 5 hari di Makkah
- terus sambung ke Madinah hari keluo tu
- jadi 5+3 hari
yang 3hari di Madinah itu dah termasuk seumpama 1 hari tambahan kerana kita telah melepasi 12malam dalam kapal terbang semasa terbang balik.
Kalo masuk Madinah dulu pun kiraannya sama saja!
Jadi aku rasa jumlah hari yang paling selesa aku rasa bio ler 8hari ajer. Jadi kira ler duit berapa yang nak kita sediakan!
- teket pergi-balik kata ler 4k
- sewa bilik 7 malam kata ler Rm500 sebilik - maknanya RM500 x 7malam = RM3,500
- makan RM50 x 8hari = RM450
- mau juga jumlahnya dalam RM8k tu
- kalo pergi sorang bulknya pada hotel. Jadi kena siapkan RM8K
- kalo pergi berdua harga hotel dibahagi 2. Kosnya save pada hotel. Jumlah mungkin dalam RM6k
- kalo bertiga harga hotel bagi 3. Jumlahnya mungkin RM5K+
- kalo berempat mungkin dapat RM5K
Apa2 pun terletak pada hotel mmmmm.....
Wak: Gitu ler kesahnya Umrah DIY. Bandingkanlah kalo pergi ikut pekej. Kebiasaannya pekej charge dekat RM9-10k seorang. Tapi kena ingat itu kes duduk ber-4 sebilik!
Man: Kena fikir panjang sebelum buat keputusan ini iyer wak!
Wak: Ia. Kalo engko 1st time terpaksa tutup mata jer - lebih baik ikut pekej jer. Selepas itu boleh ler buar cara DIY.
Baik! Kita berenti disini dulu. Apa2 pun berniatlah nak buat umrah. Bila engkau dapat pergi بعدين [ba'diin] berdoalah banyak2 supaya engkau dapat banyak pajhala, berkat dan rahmat dari Allah. Kemudian minta2lah dimatikan dalam حُسْنُ خاتِمة
Man: آمين
Wak: Maka jangan lupa juga, tolong doakan aku supaya aku dapat kebaikan di dunia dan akhirat dan sentiasa mengikut landasan Allah dengan sebaik2nya
Man: ان شاء الله wak!
Wak: Iyer. Tanggung jawab kita hanyalah untuk menolong sesama manusia selagi ada hayat dikandung badan
خلص [khalas]
سبحان الله - subhaanal laah
- maha suci Allah
والحمدلله - walhamdulillaah
- dan pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله - wa laa ilaaha illallaah
- dan tiada tuhan menlainkan Allah sahaja
والله أكبر - wal laahu akbar
- dan Allah maha besar
والله أعلم - wal laahu a'a lam
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء - ilal liqaak
- sehingga bertemu lagi
Siri : 20250220
https://dinobytes.info/v2/content/umrah-diy-2025informations
