Saf saf ...
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak!
Wak: Iyer. Apakehal? كيف الحال
Man: Kadang2 saya terasa pelik ler wak!
Wak: Kepelikan amacam ni?
Man: Wah wah wak ni. Terkeluar "kepelikan" pulak. Eheheh!
Wak: Heheheh!
Man: Gini ler wak. Kan bila kita berjemaah dimesjid, imam mesti cakap "saf". Maka orang pun berempit2 ler beratur.
Wak: Maka apa yang enko nak komplenkan.
Man: Kalau masjid tu kopit. Maka valid ler kalau nak berempet2 macam kebanyakan dimasjid keling wak. Tapi kalau masjid tu luas. Orang pulak tak dapat nak penuhkan ruang2 yang tersedia. Mungkin kerusi meja ajer yang bersusun. Maka tak payah ler nak berempet2 tu - tak wak!
Wak: Merapatkan saf itu penting. Itu adalah syarat kesempurnaan sembahyang.
Man: Saya nak cadangkan wak!
Wak: Iye sebut!
Man: Kena ler logik sikit. Takkan Allah nak marah!
1. kena tengok keadaan. Kalau masjid tu luas - orang tak cukup "meluas". Tak apa ler kita nak jarak2 orang - muslihatnya - supaya kita nampak saf "macam" penuh semasjid.
2. Kalau masjid kecik. Haha - boleh ler kita berempek2. Sampai duduk tahiyat akhir pun sama seperti duduk tahiyat awal
Tapi apa kata wak:
- Jabatan ugama tinjau2 ler dulu satu2 tempat. Buat kerja banyak2.
- Masjid dibuat - mesti dekat dengan orang yang nak berjemaah. Tak jauh. Tak memerlukan tempat parking yang banyak dengan motokar. Hanya boleh naik basikal. Atau jalan kaki sahaja.
Disebabkan dengan keadaan itu - kita akan nampak banyak masjid "berkeliaran" dimana2.
Orang setempat tak ada lagi sebab nak kata - tak ada dalih nak berjemaah
Apa kata wak?
Wak: Kalau dipegang pada kata - "semua orang kena berjemaah". Maka sembahyang waktu malahan solat Jumaat. Itu bagus.
1. masjid banyak
2. iman bilal banyak
3. kalau sana sini masjid - kewajipan berjemaah mungkin dah dapat dipenuhi syarat yang nabi tekankan.
4. maka orang kafir pun dah nampak - "Eeh! orang islam ni cukup rajin ikut perintah ugama" "Eh! kuatnya orang islam Bersatu!" dan eh eh yang lain. Tak bangga kita.
Man: Gitu ler yang diharapkan wak. Kita tolong ugama Allah. Nanti Allah mesti akan tolong kita balik. Tak sia2kan wak!
Wak: Gitu ler yang diharapkan. Nak berdakwah macam nabi kita tak tergode.
Man: Pendakwah - ni bukan nak kata wak! Mendakwah pada yang dah mengucap. Ok pun. Tapi - yang kafir tu amacam! Nabi tumpu itu dulu!
Wak: Bila kita tak termampu. Yang paling lemah usaha adalah "menadah tangan". Itu ler selemah2....
Marah pulak sesetengah pihak kan!
خلص
لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
25/11/23
