Bahasa arab - pattern baris pada verb - Teroka - 320

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]

Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]

بِسْمِ الله و بِإِذْنِهِ
[bismillaah wa bi iznih = dengan nama Allaah dan dengan izinnya]

طَيِّب [tayyib] Aku nak tanya engkau Man! Adakan engko boleh buat satu rumusan pada apa kah perbincangan kita semalam?

Man: Apa ia wak? Saya tak faham soalan wak! Tapi. Mmm.. saya rasa wak sebut tentang baris akhir pada sesuatu perkataan. Mithal:

كتابٌ - kitaab - a book. Ini perkataan jenis noun.
Hah! Apa kah yang kita nampak? Ya! Bahawa huruf akhir pada perkataan itu.

- Atau pada noun - huruf akhirnya mesti ia berbaris hadapan.

Dan kita kena ingat. Baris pada setiap perkataan itu jelas kalau kita perhatikan text dalam alquran. Tapi kalau text biasa memang baris selalunya ditinggalkan. Teks arab anggap kita dah pandai! Kan siksa tu!

كتابٌ - kitaab - a book. ini jenis indefinite noun. Ia mengguna tanwin baris depan.

الكتابُ - al kitaab - the book - yang ini jenis definite noun. Diakhir dengan satu baris depan.

Jadi kit kena ingat dalam hati! Kalau tanwin mengakhiri  perkataan. Ini tanda noun itu indefinite. Dan kalau hanya satu baris depan sahaja. Maka itu adalah definite noun. Dan dengan perkataan ini bermula dengan 'al'

Wak: طَيِّب [tayyib] itu kes noun. Untuk fe'el atau verb pulak. Mari kita tengok dulu contoh seperti berikut:

أَكَلَ - akala - makna: dia telah makan - perbuatan in dalam keadaan past tense

- أَكَلَ مُحَمَّدٌ التُّفَّاحَةَ - akala Muhammadut tuffaahah
- Muhammad telah makan epal itu.
- kalau kita translate satu2 - dia [l] telah makan. muhammad. the apple
- siapa yang membuat perbuat apa - pembuat - benda apa yang kena buat 

حَمَلَ - hamala - dia telah membimbit - ini adalah perbuatan past tense

- حَمَلَ الرَّجُلُ الحَقِيبَةَ - hamalar rajulul haqiibah
- Lelaki itu telah membimbit beg itu

طَيِّب [tayyib] dari 2 contoh di atas. Apa yang engkau dah nampak keadaan baris pada kata verb atau perbuatan itu?

Man: Kalau di tengok baris pada huruf akhir pada kedua2 perkataan verb itu. Saya nampak ia berbaris atas pada kesemuanya. Tidak ada pun pakai pun tanwin diakhir perkataan.

Wak: Tapi baik kita kata begini.

Bagi kedua2 contoh di atas yang menggunakan 3 huruf. Maka pada setiap huruf. Tiap2 huruf itu berbaris atas. Ini valid pada contoh2 yang diberi seperti tadi.

Atau ada juga sesetengah Ustaz akan berkata begini pula.
- Bagi perkataan 3 huruf. Huruf depan dan huruf akhir mesti berbaris atas. Pasal. Ada juga verb yang patternnya yang mempunyai huruf ditengah2nya berbaris bawah seperti:

سَمِعَ - sami'a - dia telah mendengar. 

Man: Adakah semua verb itu hanya mempunyai 3 huruf aja wak?

Wak: Kebanyakan kata perbuatan arab bermula dengan 3 huruf. Namun kata perbuatan arab boleh bertambah huruf menjadi 4 dan seterusnya. Untuk peringkat ini biar kita bermula dengan yang mudah2 dulu. Iaitu yang mempunyai 3 huruf dulu.

طَيِّب [tayyib] Aku rasa setakat ini dulu pelajaran kita pada hari ini. خلص [khalas]

Man: شُكْرًا wak!

Wak: عفوا [afwan] Jumpa lagi غدًا [ghadaan]

والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- ke pertemuan lain/bye

السلام عليكم

Man: وعليكم السلام

siri : 260715
Links:
https://dinobytes.info/v2/content/himpunan-bahasa-arab-baru-terokabahasa...
https://dinobytes.info/v2/content/bahasa-arab-10min-himpunanbahasa-arab

Categories: