EE - Elektrik - apa benda?

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
Elektrik
 
 
Pada elektrik ada 3 unsur/anasir/variable/element - apa lagi perkataannya!
1. volt
2. current/arus
3. power/kuasa
 
1. Volt: nama pada potential difference [perbezaan upaya]. Mungkin secara kasar boleh diumpamakan seperti tinggi. Ada yang rendah ada yang tinggi.
 
Contoh:
- bateri lampu picit kecil dikatakan 1.5 volt. Memang sizenya kecil 
- Bagaimana dengan bateri motor. Ia dikatakan 12 volt. Saiznya besar sikit. Ok.
- Apa macam dengan bateri kereta. Bateri Kancil sedikit kecil dari bateri Wira. Tapi voltannay 12 volt juga.
 
Jadi apabila dikaitkan dengan tinggi.
- ada voltan tinggi: 240volt atau rendah sikit 120volt
- voltan rendah, 12 volt atau 1.5 volt
 
2. Current/arus: sesuatu yang mengalir. Boleh juga dibayangkan seperti arus sungai
- dalam elektrik arus dinamakan amp.
- arus boleh ada dalam beberapa kadar.
- kecil
- besar
 
Perhatikan
- wire yang dipakai pada bateri kereta tebal2, kerana arus yang mengalir biasanya besar
- wire dalam rumah kecil pula, sebab arus yang mengalir tak sebesar dalam kereta.
 
3. Power/kuasa: Mudah difahami, kalau kita masukkan sedikit matematik/kira2.
power [watt] = volt[v] x arus[amp]
 
Contoh
 
Formula mudah untuk diingat:
 
p = v x i
 
120watt = 12volt x 10amp
120watt = 240volt x 1/2 amp
 
Kesimpulan
 
Apa yang nampak:
Daripada 2 kira2 diatas
 
- power/kuasa[watt] boleh diolah dengan 2 variables, volt dan amp
- jika power hendak tetap, katakan 120watt: volt boleh tinggi tetapi amp boleh direndahkan, atau disebaliknya.
 
 
والله اعلم
Categories: