Makan angin - kamera apa nak pakai?

بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang]
 
 
 
Makan angin: Kamera apa yang perlu?
 
Semasa kita pergi makan angin, jika kita perlu merakamkan gambar diri sendiri [kalau boleh] yang kita berada ditempat itu, apa jenis kamera perlu diguna?
 
Soalannya:
 
1. Kamera apa?
- yang baik
- boleh harap
- mungkin ringan
- mungkin pns yang boleh di override pun OK! 
 
2. lens mana?
- fast lens, 
-- kalau dapat sekitar f/1.8, 
-- boleh ambil gambar dalam restoran atau ditempat sempit dan kurang cahaya
- wide angle iaitu sekitar, 24mm bagi format FX atau 18mm DX atau faktorkanlah mengikut size sensor
 
3. ISO
- kamera kecil dan ringan, biasanya setakat ISO800 sahajalah yang boleh diharap. Atas dari itu noise sudah nampak!
- sekiranya tidak dapat dielakkan ambil jugalah gambar2 yang patut
 
4. Flash
- jika ada option untuk mengawal flashnya itu dialu2
- jika tidak, perlu ada hotshoe supaya flash external boleh dipasang sekali dan power flash boleh boleh dikawal mengikut kemahuan  
 
Fungsi selain dari yang dinyatakan diatas hanyalah keperluan persendirian. Pilihlah mengikut keperluan yang diperlukan.
 
Seperti:
1. Bateri - berapa keping gambar boleh dapat untuk sekali charge
2. Bokeh - tidaklah begitu penting kalau hendakkan gambar sekitar pun ikut sekurang jelas
3. Tele - untuk mendekatkan gambar yang jauh, ini pun sekali sekala sahaja diperlukan. Yang lazim adalah wide sahaja
4. Video - bagi yang berkehendakkannya sahaja, jika penting seperti hendak merakam perbualan bahasa daerah yang dilawati
 
dan lain yang perlu difikirkan sendiri.
 
والله اعلم
Categories: